Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berikrar untuk membuktikan pengkritiknya silap dan menunjukkan parti itu mampu meraih undi Melayu.
Dia berkata BN dan Perikatan Nasional (PN) menjangkakan dapat menumbangkannya di Chennah dengan andaian kedua-dua gabungan itu mampu menyapu bersih undi Melayu serta memperoleh sebahagian undi protes masyarakat Cina.
“Namun, saya tidak akan berputus asa. Saya akan memberikan tentangan sengit, termasuk di kawasan Melayu, kerana saya turut membantu serta memberikan khidmat dan sumbangan di kawasan Melayu, khususnya di kampung-kampung Melayu.
“Di Kampung Chennah, Kampung Sungai Buloh dan Simpang Durian — di semua kawasan yang kami mempunyai kehadiran, kami sentiasa memberikan khidmat dan menyumbang kepada masyarakat setempat.

“Jadi, walaupun mereka menyangka DAP tidak akan mampu menembusi dan memperoleh sokongan pengundi Melayu, sudah tentu kami akan membuktikan mereka silap,” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.
Malaysiakini menerima rakaman sidang media tersebut.
Menurut electiondata.my, daftar pemilih terkini menunjukkan 47.8 peratus pengundi di Chennah kini terdiri daripada orang Melayu, meningkat secara berterusan daripada 44 peratus pada 2018. Sebanyak 6.3 peratus lagi merupakan pengundi Orang Asli.
Pengundi Cina dan India di Chennah masing-masing merangkumi 42.6 peratus dan dua peratus.
Loke menyandang kerusi Chennah sejak 2013, namun peratusan undi PH di kawasan itu semakin merosot.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022, sokongan terhadap PH di Chennah menurun kepada 44 peratus, menurut analisis undi bagi kerusi negeri itu berdasarkan keputusan di peringkat parlimen.
BN dan PN pula memperoleh gabungan 56 peratus undi pada tahun berkenaan. Kedua-dua gabungan itu kini membentuk pakatan pilihan raya.

Loke berdepan MCA dalam pertembungan satu lawan satu pada pilihan raya kali ini. Sekiranya corak pengundian PRU15 berulang pada 1 Ogos, perjuangan politik Loke di situ mungkin berakhir.
Sementara itu, pada sidang media sama, Loke turut menyindir MCA dengan menyifatkan parti itu sebagai pihak “paling rugi” dalam pakatan pilihan raya BN-PN selepas terpaksa menyerahkan tiga kerusi tradisinya kepada PN.
Kerusi tersebut ialah Lobak, Mambau dan Lukut, yang merupakan kawasan majoriti bukan Melayu dengan masyarakat Cina membentuk kumpulan pengundi terbesar.
Ketiga-tiganya juga kubu kuat DAP yang dianggap sukar ditembusi.

Pakatan BN-PN masing-masing diwakili calon daripada Dewan Himpunan Pendukung PAS, Wawasan Negara dan MIPP di kerusi berkenaan.
Presiden MCA pada sidang media semalam berseloroh bahawa dia “membantu” DAP dengan memberi laluan di kerusi tersebut.
Mengulas perkara itu, Loke mengucapkan terima kasih kepada MCA.
"Jadi apabila MCA sanggup menyerahkan kerusi ini kepada Perikatan Nasional, tak bertanding, dia kata nak membantu DAP.

"Saya nak berterima kasihlah kepada (Presiden MCA) Wee Ka Siong. Dia begitu murah hati.
"Kalau bagi saya, saya mengaku kalau sebagai parti, kita tak murah hati macam dialah. Kalau kita, kerusi-kerusi tradisi kita, kalah pun kita lawan.
"Jadi percaturan ini nampaknya dia amat bermurah hati. Jadi terpulanglah kepada ahli-ahli MCA untuk menilai," kata Loke lagi.
BN dan PN pula memperoleh gabungan 56 peratus undi pada tahun berkenaan. Kedua-dua gabungan itu kini membentuk pakatan pilihan raya.
Loke berdepan MCA dalam pertembungan satu lawan satu pada pilihan raya kali ini. Sekiranya corak pengundian PRU15 berulang pada 1 Ogos, Loke mungkin akan kalah.
