Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Infrastruktur data Amazon AS di Bahrain diserang peluru berpandu Iran
Diterbitkan:  Jul 21, 2026 4:07 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Selasa mendakwa Angkatan Aeroangkasanya melancarkan beberapa peluru berpandu krus ke arah infrastruktur data utama milik syarikat Amerika Syarikat (AS), Amazon, di Bahrain, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita Tasnim.

IRGC dalam kenyataan mendakwa infrastruktur Amazon yang menjadi sasaran itu musnah dalam serangan berkenaan.

Bahrain, AS dan Amazon belum memberikan sebarang ulasan, sementara kesahihan dakwaan itu masih belum dapat dipastikan secara bebas.

AS meningkatkan serangan terhadap Iran sejak beberapa hari kebelakangan ini, manakala Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas kemudahan dan pangkalan di beberapa negara serantau yang didakwanya digunakan oleh tentera AS.

Pertempuran antara AS dengan Iran berterusan meskipun kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman yang diusahakan Pakistan pada Jun bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai berkekalan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS