Siasatan klip Lingam ditangguh hingga Jumaat
Siasatan suruhanjaya diraja yang menyiasat kontroversi klip video Lingam ditangguhkan hingga Jumaat ini untuk mendengar permohonan untuk membatalkan keanggotaan suruhanjaya tersebut, Datuk Mahadev Shankar dan Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Permohonan tersebut masing-masing dikemukakan oleh peguam yang mewakili bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dan peguam VK Lingam.
Alasan untuk membatalkan keanggotaan kedua-dua mereka tidak dinyatakan semalam apabila peguam-peguam berkenaan diarahkan supaya mengemukakan permohonan bertulis.

Kesemua anggota suruhanjaya itu telah berdepan dengan permohonan untuk membatalkan keanggotaan mereka tetapi tiada satupun yang berjaya setakat ini.
'Alami tekanan'
Bagaimanapun, sebelum prosiding dimulakan, Muhammad Shafee Abdullah yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak bekas setiausaha Lingam - GN Jayanthi - memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa Jayanthi telah mengalami tekanan.
Menurutnya, Jayanthi dan Chandran (D Ramachandran, bekas pemandu Lingam) mengalami tekanan yang hebat.
Shafee berkata, terdapat cubaan oleh beberapa individu untuk membuat kontak yang wajar dengan mereka.
Beliau kemudiannya memohon kepada suruhanjaya itu supaya meminta para peguam yang hadir hari ini agar menasihatkan pelanggan mereka supaya jangan membuat sebarang kontak.
"Saya memohon peguam yang mewakili pelanggan mereka tidak membuat sebarang kontak dengan pelanggan saya sama ada mereka sendiri, melalui ejen atau apa juga secara curi-curi,” tambahnya.
Pendedahan mengejutkan
Semalam, Jayanthi membuat pendedahan mengejutnya terhadap bekas bosnya itu sewaktu memberi keterangan kepada suruhanjaya sebagai saksi ke-19 semalam.
Dalam akuan bersumpahnyanya, GN Jayanthi, 45, berkata beliau bekerja hingga jam 3 pagi di pejabat Lingam untuk menyediakan draf penghakiman yang akhirnya menjadi keputusan penting yang dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin dalam kes saman fitnah Tan Sri Vincent Tan terhadap MGG Pillai.
Pada masa itu, Lingam mewakili Tan yang menyaman Pillai berhubung empat artikel yang mengandungi dakwaan rasuah terhadap Tan yang disiarkan dalam majalah Malaysian Industry pada 1993 dan 1994.
Jayanthi berkata beliau "masih ingat dengan jelas" bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.
"Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.
"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.
Jayanthi memberitahu bahawa pada malam berkenaan, Lingam dibantu oleh adiknya Datuk V Sivaparanjothi, peguam Adam Bachek dan bekas pengerusi Mahkamah Perindustrian, W Satchithanandan.