Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Tabung Haji: Polis buka lima kertas siasatan
Diterbitkan:  Aug 5, 2026 3:25 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Polis membuka lima kertas siasatan selepas menerima sembilan laporan daripada Lembaga Tabung Haji (TH), anak syarikatnya dan orang awam berhubung kes jenayah komersial termasuk perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata bagi melengkapkan siasatan, tindakan sedang diambil untuk merakam keterangan saksi dari dalam dan luar negara selain mendapatkan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

"Polis komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa

"Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.


BACA BERKAITAN: RCI Tabung Haji: SPRM cekup bekas CEO, CFO kes beli saham RM370 juta


Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

"Sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS