Prosiding untuk mendakwa Ismail Sabri Yaakob – yang dijadual berlangsung hari ini – ditunda 20 hari lagi selepas ahli politik terbabit dimasukkan ke hospital dan disahkan tidak sesuai untuk didakwa.
Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
Peguam Ismail Sabri, Amer Hamzah Arshad, membuat permohonan penangguhan itu kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin, pagi ini.
Suzana kemudian menetapkan tarikh untuk mendakwa Ismail Sabri dibuat pada 27 Ogos depan.
Menurut Amer Hamzah, anak guamnya itu berdepan dengan masalah kesihatan ketika memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dia dibawa ke IJN.
[Laporan lanjut menyusul]
