mk-logo
Berita
Ribut petir di beberapa negeri sampai 1 tengah hari
Diterbitkan:  Aug 16, 2026 10:37 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 8.35 pagi memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi Perlis dan Melaka selain Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Setar di Kedah.

Amaran itu turut melibatkan Kuantan, Pekan dan Jerantut di Pahang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak dan Muar di Johor.

Di Sarawak, ramalan itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong dan Subis di Miri.

Amaran itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS