Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hadi jual tongkat dengan harga RM16,500
Diterbitkan:  Aug 24, 2026 12:00 PM
Dikemaskini: 4:50 AM
1

Tongkat Presiden PAS Abdul Hadi Awang dijual dengan harga RM16,500 dalam acara lelongan amal di Melaka malam tadi.

Ia dibeli oleh Muqharabbin Mokhtarrudin yang terkenal sebagai pendaki termuda Gunung Everest di Asia Tenggara ketika usianya 22 tahun.

“Tahniah Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin berjaya menang bidaan malam ini tongkat Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bernilai bidaan RM16,500.

“Bidaan tertinggi setelah bermula dengan RM2,500 bidaan tadi. 

“Tongkat kayu kemuning dengan ukiran TGHH terdapat pada tongkat presiden PAS ini!” tulis wartawan Harakah Suffi Kamari di media sosial.

Lelongan itu diadakan bagi mengumpul dana pilihan raya negeri Melaka.

Muqharabbin adalah pemimpin akar umbi PAS Kuala Lumpur yang pernah bergiat bersama Umno dan Bersatu.

Baca: Beli tongkat Hadi RM16,500 bukan kerana taasub - Muqharabbin


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS