Polis siasat kes kanak-kanak perempuan dikasari pengasuh di Taska
Polis sedang menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki dikasari pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) dekat Temerloh.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 29 tahun kira-kira 6 petang semalam.
“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilaksanakan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan seterusnya.
Rakaman video yang memaparkan kejadian kanak-kanak terbabit disyaki sedang dikasari pengasuh di taska turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/386882ce803fa087cf2c4e01a982c25c.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.