Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin parti-parti pembangkang akan gagal merampas Pulau Pinang ketika beliau diwawancara Malaysiakini hari ini.

mahathir interview 050308 sinister Sementara di Kedah dan Terengganu, pembangkang hanya mampu merampas beberapa kerusi DUN sahaja, tambahnya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menduga bagaimana trend pengundi di Kelantan pada 8 Mac ini - sama ada masih mengekalkan PAS atau memilih BN.

Katanya, orang Kelantan berbeza cara berfikir mereka daripada pengundi-pengundi di negeri lain.

Pada keseluruhannya, Dr Mahathir berkata, pencapaian BN akan merosot daripada 90 peratus kemenangan yang dicapainya pada 2004.

Bagaimanapun, beliau meramalkan BN masih mampu memenangi 70 hingga 75 kerusi parlimen dan mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Katanya, pengundi Cina di Pulau Pinang, yang tidak berpuas hati dengan kekurangan peluang perniagaan, mungkin mengundi pembangkang.

Namun, bekas pengerusi BN itu tidak yakin jumlah kerusi yang bakal dimenangi pembangkang mencukupi untuk memerintah pulau mutiara itu.

Menurutnya, pembangkang tidak mampu berhujah untuk meyakinkan pengundi, termasuk mengenai isu-isu ekonomi kerana mereka sendiri kurang memahaminya, termasuk mengenai isu koridor ekonomi.

PAS pula, tambahnya, tidak memainkan lagi isu negara Islam kerana parti itu takut kehilangan undi orang bukan Melayu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memainkan CD mengenai isu kononnya beliau rasa bersalah dengan tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"(Sedangkan) sesiapa yang melihatnya, tentu tahu ia satu kenyataan sindiran, jadi mereka tidak berpengetahuan atau tidak canggih dalam menggunakan media. Mereka kata saya serang Pak lah, saya mengaku saya kata begitu, kerana saya kritikal, tetapi dalam Umno boleh kritikal dan tidak bererti saya anti-Umno atau anti-BN," katanya.

Dalam temubual hampir sejam itu, Dr Mahathir turut menyentuh peluang anaknya Datuk Mukhriz yang bertanding kerusi parlimen Jerlun serta mengenai menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Berikut petikan temubual hari ini.

Mengenai Pulau Pinang?

Sebelum pilihanraya, orang Cina tidak puashati dengan kerajaan kerana kurang peluang perniagaan, jadi ada berlaku kekurangan dari masyarakat Cina, malah cukup untuk sebabkan MCA dan Gerakan kalah beberapa kerusi, tetapi tidak cukup untuk DAP dan PKR dapat majoriti.

Kelantan dan Terengganu?

Orang Melayu taat kepada parti mereka, mereka tidak taa,t hanya pada 1999, mereka tidak undi parti mereka. Saya jangka beberapa kerusi kalah di Kedah, beberapa kerusi di Terengganu, Kelantan sukar walaupun marginnya kecil tetapi orang kelantan lain sikit pemikiran mereka, jika mereka tinggal di luar Kelantan, mereka sokong kerajaan, tetapi jika mereka tinggal di Kelantan, faktor rakan dan kekeluargaan cukup kuat.

Rasuah dalam pilihanraya

Saya tidak ada bukti kerana rasuah bukan sesuatu yang mudah untuk dibuktikan, tetapi saya suspek berlaku rasuah kerana saya percaya dalam pilihanraya kecil sebelum ini berlaku rasuah, tetapi dalam pilihanraya umum lebih sukar kerana jumlah yang besar terbabit.

Tetapi saya pasti, jika perlu, ada orang, bukan sahaja dari satu parti, bukan sahaja parti pembakang, parti kerajaan juga mungkin melakukan rasuah. Kepimpinan atasan mungkin tidak tahu tetapi di peringkat bawahan berlaku.

Apa bentuknya?

Apa yang berlaku mungkin banyak wang bertukar tangan, pengundi mungkin didatangi di kawasan marginal, mana-mana parti boleh buat untuk mendapatkan undi yang diperlukan untuk menang pilihanraya.

Undi pos?

Sebelum ini, anggota polis dan tentera mengundi di depan pegawai tinggi mereka. Saya tidak fikir ada pemerhati, kali ini saya diberitahu sepatutnya ada pemerhati, walaupun saya tidak tengok, saya nampak dalam akhbar anggota polis mengundi, tetapi saya tidak lihat pengundian sebenarnya, dengan adanya pemerhati dari kedua-dua parti dan parti kerajaan, jadi saya tidak boleh komen tentang sesuatu yang saya tidak tahu.

Kertas undi ditanda?

Saya tak fikir pegawai atasan ada menanda kertas undi, tetapi kehadiran mereka menimbulkan tanggapan di fikiran anggota tentera, tetapi saya tahu pada zaman saya dulu, banyak yang undi parti lawan, terutama pada (pilihanraya umum) 1999 kerana itulah BN menang tipis.

Adakah Suruhanjaya Pilihanraya tertekan?

Ia bukanlah dalam bentuk arahan terus tetapi kadang-kadang kerajaan anggap diri mereka sebagai pihak berkuasa. Peranan kerajaan adalah untuk bubarkan Parlimen, lepas itu terserah pada SPR, tetapi bagi SPR mengatakan ia tahu bila tarikh pilihanraya, itu adalah tidak betul. Kita belum faham maksud kebebasan, walaupun kebebasan itu ada, (tapi) kita kadang-kadang melakukan yang silap.

Batal dakwat mengundi?

Penduduk luar bandar tidak sofistikated. Dulu ada orang bagi tahu mereka, jika tidak suka sesuatu parti, pangkah parti itu sewaktu mengundi. Jadi mereka pangkah parti yang mereka tidak suka, jadi parti itu dapat banyak undi. Kali ini apa yang berlaku ada orang yang mengimport dakwat ini dari India dan jika mereka pergi tanda jari orang kampung, bila mereka pergi ke tempat undi, jari mereka sudah bertanda, jadi mereka tidak boleh mengundi, mereka akan hilang hak mengundi.

Tun rasa orang akan percaya?

Pangkah adalah perkara lama, guna dakwat adalah perkara baru, anda tidak perlu ramai orang, sedikit orang tidak boleh mengundi pun boleh mempengaruhi keputusan kalah atau menang.

Peluang Datuk Mukhriz di Jerlun?

Mukriz ada peluang untuk menang, kecuali jika berlaku sesuatu di luar dugaan, walaupun majoritinya kecil, akan menang, tetapi kalau ada orang suruh orang umno jangan undi dia, dia mungkin kalah.

Tun pernah berkata Abdullah bohong?

Bila beliau kata, mereka tidak ada duit untuk sambung projek, itu tidak betul. Bila saya bersara, saya pastikan parti dalam keadaan baik, kerajaan baik, kewangan baik. Saya bukan dipaksa bersara, tetapi persaraan yang saya putuskan sendiri, dan saya tidak boleh bersara pada 1998, keadaan tidak baik, anda lihat apa jadi pada 1999, saya teruskan untuk memulihkan keadaan. Jadi bila mereka kata projek ditangguhkan kerana tidak ada wang, itu tidak betul. Kalau saya masih jadi perdana menteri, saya bukan sahaja dapat sambungkan projek tetapi laksanakan juga projek baru. Bila nak bina lapangan terbang baru, orang marah, orang kata belanjanya RM25 bilion, kita buat dengan kos RM8 bilion, ia adalah mengenai bagaimana anda menguruskan wang.

abdullah ahmad badawi election annoucement 130208 serious Mengapa Pak Lah sepenggal?

Tidak ada perjanjian tapi pada pandangan saya, beliau berkhidmat selama sepenggal dan serah pada Najib yang ketika itu sudah berumur untuk menggantinnya. Kita mahukan proses peralihan yang lancar. Bila perdana menteri bersara, beliau digantikan oleh timbalannya.

Mengapa hanya sepenggal?

Jika dia lama memegang jawatan tersebut, Najib akan jadi tua apabila jadi PM. Saya hormati kebolehan Najib, dulu semua kerja yang kita beri padanya, dapat dilaksanakannya dengan cukup baik.

Mengapa dulu tidak terus lantik Najib?

Sebab Abdullah sudah berumur, dan saya fikir perlu bagi dia peluang. Saya tidak mahu (orang kata), kerana beliau pernah menentang saya, maka saya tidak melantiknya. Anda pun tahu saya pernah menerima semula mereka yang menentang saya dan cuba menjatuhkan saya.

Anda kecewa melantik Abdullah?

Ya, saya kecewa tetapi adalah haknya untuk cuba dan terus memegang jawatan tersebut.

Kad prestasi Abdullah?

Jambatan tidak dibina, landasan keretapi tidak dibina, ampangan bakun tidak dilaksanakan. Terpulang kepada rakyat untuk menghakiminya.

khairy jamaluddin interview 011107 defined Khairy jadi menteri selepas pilihanraya?

Kerana itulah cara dia beroperasi. Maksud saya dia terbabit dengan Kalimullah menguasa media, dia telah lakukan [...] berhubung dengan ECM-Libra dan pengambilaihan aset Avenue. Kita juga dengar mengenai wang dibazirkan dan perkara-perkara seumpama itu.

Jadi, dia seorang pemimpin tidak baik?

Dia pernah kata bahawa dia boleh berbuat demikian kerana mendapat perlindungan dari bapa mertuanya. Tiada seorang pun patut berkata demikian. Buat perkara yang betul, maka anda tidak perlu minta perlindungan dari bapa mertua anda.

Itu sebabnya beliau mahu Abdullah jadi PM?

Adalah amat selesa bila bapa mertua anda melindungi anda.

Apakah mesej Tun pada para pengundi?

Undi bukan sahaja atas sebab kesetiaan kepada parti, tetapi juga mengundi untuk memilih orang yang baik untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baik.

Perlu pembangkang yang kuat?

Saya sentiasa menegaskan bahawa negara ini memerlukan pembangkang dan mereka mesti bersikap kritikal terhadap kerajaa. Tanpanya, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat wajah kita. Anggota kerajaan kadang-kadang kaki bodek dan mereka sentiasa kata "anda betul" dan anda tiada cara untuk menilai sama ada anda di landasan yang betul. jadi jika negara ini kehilangan pembangkang dan jadi seperti Singapura, maka akan berlaku bencana.

ADS