
Presiden: Siapakah pilihan bahagian?
Ulasan
Mesyuarat bahagian Umno menjadi tumpuan utama untuk mendapatkan jawapan sama ada akar umbi menerima pelan peralihan 2010 dan apakah mereka mempunyai 'congak' sendiri.

Ulasan
Mesyuarat bahagian Umno menjadi tumpuan utama untuk mendapatkan jawapan sama ada akar umbi menerima pelan peralihan 2010 dan apakah mereka mempunyai 'congak' sendiri.

Kempen Pemuda Umno di Permatang masuk ke pusingan akhir, dengan mengadakan kempen rumah ke rumah untuk menemui sendiri pengundi sebelum mereka membuat pilihan Selasa ini.



Datuk Mazlan Harun mendakwa ketua penerangan Umno membawa ketua-ketua Umno di bahagian Kelana Jaya ke Sarawak dan Melaka supaya tidak menghadiri pertemuan bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

dikemaskini
Ahli parlimen Gua Musang berkata beliau kenal banyak ahli parlimen BN yang terpilih di Sabah baru-baru ini adalah orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan ketua umum PKR itu.

Sebuah akhbar berbahasa Cina,
Kwong Wah Jit Poh,
memetik sumber yang mengatakan jemputan telah dibuat kepada bekas ahli parlimen Tasek Gelugor itu untuk menyertai pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.




Kini tersebar berita bahawa naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua Pemuda tetapi akan meletakkan calon proksinya bagi merebut jawatan tersebut.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jika ada bukti terhadap tuduhan itu.

Jika tidak, kata presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN akan dapat pertahankan majoriti dua pertiga di parlimen dan tidak akan kalah di Kedah dan Perak.

Bekas menteri besar Selangor sedang mengumpul maklum balas daripada Pemuda bahagian sebelum mengumumkan secara rasmi mengenai keputusannya untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno.




Ekoran hebatnya desakan para pemimpin di peringkat akar umbi supaya dipulihkan kekuatan Umno, sebagai parti terbesar orang Melayu yang menjadi tunggak utama kerajaan BN.

Pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai pengerusi Umno Selangor, membuka peluang baru kepada beliau untuk merebut semula jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.

Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan barisan pembangkang supaya tidak berasa terlalu selesa dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

kemaskini 5:48pm
Akhirnya semua kebingungan dan keresahan politik di Perlis berakhir petang ini apabila sah wakil Bintong, Datuk Dr Md Isa Sabu, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru.

Kumpulan yang bertelagah dengan Datuk Seri Shahidan Kassim berusaha mendapat persetujuan pucuk pimpinan Umno pusat supaya melantik adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, sebagai menteri besar.

