Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

2.40 pagi Barisan pembangkang di Perak memperolehi 31 daripada 59 kerusi DUN dan menang dengan majoriti mudah. BN hanya memperolehi 28 DUN.

2.20 pagi Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menang kerusi parlimen Ampang manakala DUN Bukit Antarabangsa dimenangi oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

2.15 pagi Keputusan rasmi, Nurul Izzah dari PKR menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.

Nurul mendapat 21,728 undi menakala Shahrizat mendapa 18,833 undi manakala calon bebas N Periasamy mendapat 489 undi.

2.12 pagi, calon PAS Taib Azamuddin menewaskan ketua Putera Umno, Datuk Azeez Rahim dengan majoriti 7,613.

2.10 pagi Pembangkang di Negeri Sembilan menunjukkan prestasi mengejutkan apabila memenangi 15 daripada 36 kerusi. BN menang setakat ini menang 20 kerusi.

2.08 pagi PAS berjaya menembusi kubu kuat Umno Johor apabila menang dua kerusi DUN setakat ini.

1.58 pagi bekas Ketua Wanita PKR, Fauziah Salleh menang parlimen Kuantan menewaskan Datuk Fu Ah Kiow.

1.55 pagi Calon PKR, N Gobalakrishnan menang kerusi parlimen Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi.

1.54 pagi Calon PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa menang di Parit Buntar.

1.52 pagi Calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas menewaskan naib presiden MIC, Datuk S Sothinathan di parlimen Teluk Kemang.

1.50 pagi Jeff Ooi dari DAP menang di parlimen Jelutong dengan majoriti lebih 16,000 undi.

12.50 t/mlm Datuk Mukhriz Mahathir menang di kerusi parlimen Jerlun dengan majoriti 2,205 undi.

12.47 t/mlm Pembangkang sehingga ini telah memenangi 76 kerusi Parlimen dan sekaligus menafikan kemenangan dua pertiga bagi Barisan Nasional (BN). BN pula setakat ini mendapat 102 kerusi parlimen. BN perlu memenangi 112 kerusi untuk menang mudah.

12.45 t/mlm BN kekal di Terengganu selepas memenangi 24 kerusi dan PAS menang lapan kerusi.

12.40 t/mlm Pembangkang sedang mendahului penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

12.35 Di Negeri Sembilan, BN kalah lapan daripada 36 kerusi DUN.

12.28 t/mlm Rasmi: BN kekal di Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan dan Perlis.

12.20 t/mlm Barisan pembangkang telah berjaya merampas Selangor apabila memenangi 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). DAP menang 15 kerusi, PKR (11), PAS (9). Tan Sri Khalid dari PKR dijangka dilantik menjadi menteri besar.

12.10 t/mlm Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pertahan kerusi parlimen Parlimen Pauh majoriti lebih 14,000 undi.

Hari mengundi 8 Mac

12.00 t/mlm

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijangka dilantik sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

11.50 mlm PAS menang 9 DUN Selangor dan tiga Parlimen manakala DAP dan PKR menang sebelas DUN.

12.00 t/mlm Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim menang kerusi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijok.

11.30mlm Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menang di parlimen Rembau.

PAS menang 9 DUN Selangor dan tiga Parlimen manakala DAP dan PKR menang sebelas DUN.

10.55 mlm Sah, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin kalah di Sungai Petani.

10.50 mlm Seorang lagi pemimpin MIC kalah, apabila Ketua Pemudanya, S A Vigneswaran kalah kepada pemimpin Muslimat PAS, Siti Mariah Mahmud di parlimen Kota Raja.

10.40 mlm Gerakan kehilangan kesemua kerusi parlimennya kecuali parlimen Beruas di Perak.

10.35 mlm Ketua Wanita MIC, Datuk Paduka P Komala Devi gagal mempertahankan parlimen Kapar. Calon PKR, S Manikavasagam menang dengan majoriti 3,000 undi.

10.16 mlm Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat menang tipis di Pandan dengan majoriti 800 undi, menewaskan calon PKR Syed shahir Syed Mohamud.

10.20 mlm Keputusan tidak rasmi, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel tewas di parlimen Hulu Selangor.

10.15 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin kalah di parlimen Sungai Petani.

10.10 mlm Dr Tan Seng Giaw kekalkan kerusi Kepong dengan majoriti 23,848 undi.

10.10 mlm Dr Lo' Lo' dari PAS memang kerusi parlimen Titiwangsa, dengan majoriti 1,972 undi.

9.58 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menang di parlimen Tasek Gelugor.

9.55 mlm calon PKR Nurul Izzah menang kerusi parlimen Lembah Pantai, menewaskan Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

9.50 mlm Calon DAP Tony Pua menang Parlimen Petaling Jaya Utara dengan majoriti 19,000.

9.45 mlm Keputusan tidak rasmi, calon PAS, Datuk Dr Hassan Ali menang Dun Gombak Setia dan PAS juga menang DUN Bangi.

9.40 mlm - Pengiraan semula undi sedang berjalan bagi kerusi parlimen Rembau yang ditandingi oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berdepan dengan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin.

9.40 mlm Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tewas di parlimen Sungai Siput dan Presiden PPP, M Kayveas tewas di parlimen Taiping. Samy mendapat 14,408 undi dan tewas kepada Michael Jeyakumr Devaraj dari PKR yang mendapat 16,874 dan calon bebas mendapat 800 undi.

9.37 mlm calon PKR, Nik Zami Nik Ahmad menang kerusi DUN Seri Setia di bahawa parlimen Kelana Jaya.

9.35 mlm Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menang di parlimen Kulai.

9.30 mlm Calon PKR, Nurul Izzah sedang mendahului pengiraan undi. Beliau berhadap dengan penyandang, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

9.15 mlm Keputusan tidak rasmi, S Sivarasa menang di parlimen Subang dan dua kerusi DUN Bukit Lanjan (Elizabeth Wong dari PKR) dan Kota Damansara (Dr Mohd Nasir Hashim yang bertanding di bawah tiket PKR).

9.10 mlm Teresa Kok menang parlimen Seputeh dengan majoriti besar 36,564 undi. Beliau juga menang DUN Kinrara dengan majoriti 4,901 undi.

9.05 mlm Keputusan tidak rasmi, Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim mendahului lebih 1,000 undi di Bandar Tun Razak dan juga mendahului di DUN Ijok

9.00 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Aziz Samsuddin tewas di parlimen Shah Alam.

8.55 mlm DAP telah memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandinginya di Pulau Pinang. PAS dan PKR juga menang kerusi dan mencukupi untuk pembangkang menubuhkan kerajaan negeri.

8.40 mlm Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan "tsunami politik" telah melanda Pulau Pinang.

Menurut blog beliau, DAP telah menang, sesetengahnya dengan majoriti besar di 14 kerusi parlimen di seluruh negara - Bagan, Tanjong, Bukit Glugor, Ipoh Timur, Batu Gajah, Petaling Jaya Utara, Seputeh, Kepong, Bukit Bintang, Cheras, Bandar Kuching, Ipoh Barat, Sandakan, Segambat dan Kota Melaka.

8.35 mlm Calon PSM, Michael Jeyakumr Devaraj dari PKR sedang mendahului Datuk Seri S Samy Vellu dengan 1,300 undi. Pembangkang juga menang di parlimen Segambut, Wangsa Maju, Batu, Seputeh, Bukit Bintang dan Cheras.

8.30 mlm Keputusan tidak rasmi menunjukkan pembangkang menang di 29 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, sebahagian besarnya dimenangi oleh DAP.

8.25 mlm Seorang lagi calon DAP, Gobind Singh Deo mendahului dengan undi majoriti besar di parlimen Puchong. Manakala kerusi DUN Kinrara, Seri Kembangan juga di Selangor kini hampir dimenangi pembangkang.

8.20 mlm Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tewas di parlimen Batu Kawan kepada calon DAP P Ramasamy dengan majoriti 3,000 votes.

8.20 mlm Charles Anthony Santiago dari DAP berjaya merampas kerusi Parlimen Klang.

8.20 mlm DAP berjaya merampas semula parlimen Kota Melaka.

8.15 mlm Pembangkang telah memenangi 17 kerusi DUN dan sedang mendahului di enam lagi DUN. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng difahamkan telah memanggil sidang akhbar.

8.10 mlm Calon PKR, Elizabeth Wong dari PKR menang kerusi DUN Bukit Lanjan.

8.05 mlm Pengerusi DAP, Karpal Singh berjaya mengekalkan parlimen Bukit Gelugor

8.00 mlm Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husain tewas di kerusi parlimen Bachok dan DUN Perupok di Kelantan. Beliau tewas kepada timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

7.50 mlm DAP menang kerusi parlimen Serdang.

7.45 mlm Calon DAP, Hannah Yeoh menang kerusi parlimen Subang dengan majoriti 6,075 undi. DAP juga menang DUN Teratai di parlimen Pandan.

7.30 malam Mengikut keputusan tidak rasmi, pembangkang sehingga ini telah memenangi 17 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Manakala Wee Choo Keong , yang bertanding di bawah tiket PKR mendahului di Wangsa Maju. Dan di Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendahului dengan 4,000 undi.

DAP juga mengekalkan kerusi parlimen Tanjung di Pulau Pinang dan turut mendahului di ketiga-tiga kerusi DUN di bawah parlimen tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan tahanan ISA, M Manoharan, menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilaporkan ketinggalan dalam pengiraan undi bagi kerusi parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang.

Pencabarnya, P Ramasamy kini mendahului dengan hampir 1,000 undi.

Pembangkang juga mendahului di tiga lagi kerusi parlimen - Bukit Mertajam, Tanjung and Bagan.

Azmin Ali dari PKR sedang mendahului dalam perkiraan undi di kerusi Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Di Kepong pula, penyandang dari DAP, Tan Seng Giaw juga telah mendahulu di 10 daripada 13 pusat pengundian.

Di Pulau Pinang cerah untuk memenangi Parlimen Batu Kawan, Bukit Mertajam, Tanjung dan Bagan.

Calon DAP, Chong Chieng Jen telahpun berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kuching dengan tambahan majoriti 11,000 undi. Chong menang pada 2004 dengan majoriti 2,000 undi.

Peratus pengundi, terutamanya di kalangan orang Melayu, di Taiping yang keluar mengundi dilaporkan merosot dijangka menjejaskan peluang penyandang kerusi parlimen tersebut, M Kayveas.

Peratus pengundi di Kapar dan Klang, juga di kalangan pengundi Melayu, turut merosot dan ia merupakan berita baik kepada PKR dan DAP di kedua-dua kerusi parlimen tersebut.

Pembangkang juga dilaporkan mendahulu di kebanyakan kerusi panas.

7.00 malam Berdasarkan laporan tidak rasmi, calon-calon DAP mendahulu di peringkat awal pengiraan undi. Tony Pua mendahulu dengan 1,800 undi di Petaling Jaya Utara. Fong Kui Lun juga mendahului dengan 3,000 undi di Bukit Bintang. Hannah Yeoh mendahulu di kerusi DUN Subang Jaya.

Di Klang, calon DAP, Charles Santiago juga mendahulu di peringkat awal pengiraan undi. Calon PKR S Manikavasagam juga dilaporkan mendahului di Kapar.

ADS