Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dari PKR, Muhammad Fairuz Khairuddin dan Adun Perai dari DAP, P Ramasamy sebagai timbalan ketua menteri.

Muhammad Fairuz dilantik sebagai timbalan ketua menteri 1 manakala Ramasamy timbalan ketua menteri 2.

Lim yang mengangkat sumpah semalam berkata, keputusan melantik dua timbalan ketua menteri adalah untuk mewujudkan kepimpinan yang mewakili semua kaum.

lim guan eng and penang deputy cm p ramasamy and mohd fairus khairuddin 120308 happy Ini adalah kali pertama seorang wakil dari kaum India dilantik ke jawatan tinggi seumpama itu di Malaysia.

DAP mengetuai barisan pembangkang untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

DAP menang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR (9) dan PAS (1).

Parti komponen Barisan Nasional - Gerakan, MIC dan MCA - kalah semua kerusi parlimen dan negeri di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Umno berjaya mempertahankan sebelas kerusi negeri dan dua kerusi parlimen di pulau mutiara itu.

Konsultan perniagaan

Mohammad Fairuz, seorang konsultan perniagaan, merupakan penasihat Biro Pembangunan Integrasi Nasional PKR.

Beliau adalah lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Sains Politik serta memperoleh ijazah kedua dalam bidang Strategik dan Pertahanan, serta Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari universiti di United Kingdom.

Sementara Ramasamy adalah anak kelahiran Sitiawan, Perak. Beliau menyertai DAP empat tahun lalu selepas berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga pernah bertugas sebagai penasihat kepada Global Labour University, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) selama setahun pada 2004.

Ramasamy juga berpengalaman luas sebagai perunding keamanan di arena antarabangsa, terutama di Aceh, Filipina dan Sri Lanka.

Angkat sumpah esok

Lim memberitahu sidang akhbar pagi ini bahawa kedua-duanya akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas esok.

lim guan eng and penang deputy cm p ramasamy and mohd fairus khairuddin 120308 meeting Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman untuk memaklumkan mengenai barisan exco baru negeri yang terdiri daripada tujuh Adun DAP dan tiga PKR.

Ditanya mengenai permintaan satu-satunya Adun PAS, Mohd Hamdan Abdul Rahman untuk menjadi anggota Exco Hal Ehwal Agama, Lim berkata kerajaan negeri itu adalah pakatan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, Lim berharap Mohd Hamdan dapat membantu kerajaan negeri yang baru ini.

Mengenai jawatan speaker dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri, Lim berkata, mereka akan dilantik dari kalangan Adun PKR.

ADS