Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua musuh ketat dalam MIC - Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dan bekas Timbalan Presiden, Datuk S Subramaniam - bersetuju mengenepikan perbezaan politik antara mereka untuk sama-sama membina semula kekuatan parti kaum India itu yang kalah teruk dalam pilihanraya umum Sabtu lalu..

subramaniam samy vellu and mic Menurut sumber-sumber parti itu, kedua-dua pemimpin veteran MIC itu telah mengadakan perjumpaan baru-baru ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Samy Vellu juga dikatakan telah memaklumkan keputusannya untuk berkerjasama dengan Subramaniam, demi kebaikan parti, kepada semua pemimpin utama MIC.

Di samping itu, sumber-sumber tersebut juga berkata, Samy Vellu dan Presiden PPP, M Kayveas juga bersetuju bekerjasama dan tidak mengecam satu sama lain pada masa depan.

Persefahaman itu dicapai ketika kedua-dua mereka bertemu semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) Isnin lalu.

Kayveas, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, gagal mempertahankan kerusi parlimen Taiping.

Bina semula parti

sg siput pasar malam 280208 mic hq Dalam sidang akhbar di kediamannya di Petaling Jaya petang semalam, Subramaniam berkata beliau telah diminta membantu membina semula kekuatan MIC.

"Tanggal 8 Mac merupakan hari paling sedih dalam karier politik saya. walaupun saya tidak bertanding, tetapi amat sedih sekali melihat BN kalah begitu banyak kerusi, dan lebih menyedihkan lagi apabila melihat MIC kalah begitu banyak kerusi.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak mesti menerima hakikat bahawa 'ada sesuatu yang tidak kena'.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, semua pemimpin utama MIC - termasuk Samy Vellu dan Timbalannya, Datuk G Palanivel, dua Naib Presiden, Datuk S Sothinathan dan Datuk S Veerasingan , gagal mempertahankan kerusi masing-masing.

Turut tumbang ialah Ketua Pemuda SA Vigneswaran dan Ketua Wanita, Datin Paduka P Komala Devi.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi parlimen dan 13 daripada 19 kerusi negeri yang ditandinginya.

Hubungan antara Subramaniam dan Samy Vellu selama ini memang tegang. Pada tahun 2006, Subramaniam gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas dicabar oleh Palanivel - calon yang disokong oleh presiden.

'Jangan tuding jari'

s subramaniam interview 280208 front Subramaniam meminta semua pihak supaya mengambil iktibar daripada pilihanraya umum Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau telah bercakap dengan Samy Vellu Isnin lalu dan beliau yakin MIC boleh dibina semula dengan bantuan semua pihak.

"Ia mesti menjadi sebuah parti yang terbuka kepada semua kaum India. Tiada seorang pun mesti berada di luar, semua mereka mesti tampil membantu parti mengembalikan semula kekuatannya," kata beliau.

Ditanya sama ada ia termasuk juga parti Barisan Progresif India (IPF), Subramaniam berkata semuanya dialu-alukan.

"Mereka yang berada di luar parti (MIC) tidak semestinya keluar sendiri, tetapi atas pelbagai sebab," katanya yang secara tidak langsung merujuk kepada mereka yang dipecat atau dipinggirkan oleh Samy Vellu.

IPF ditubuhkan oleh Tan Sri MG Pandithan, bekas naib presiden MIC yang dipecat oleh Samy Vellu. Kedua-duanya sudahpun berbaik semula.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding sebarang jawatan dalam parti, Subramaniam menjawab: "Tiada gunanya merebut jawatan dalam sebuah parti yang lemah".

Beliau juga mengakui bahawa penyokong akar umbi MIC kini dalam keadaan "keliru" dan "sedang mancari halatujunya".

Diminta mengulas mengenai tanggapan bahawa Samy Vellu menjadi punca utama kekalahan teruk MIC, Subramaniam berkata:

"Sekarang bukannya masa untuk menuding jari. Sebaliknya, kita mesti mencari cara dan jalan untuk menguatkan semula parti."

ADS