Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Samy enggan jadi menteri semula
Diterbitkan:  Mar 12, 2008 2:17 PM
Dikemaskini: 4:33 PM

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, yang tewas di Sungai Siput, menurut jejak presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang tidak mahu dilantik semula sebagai menteri kabinet.

Samy Vellu berkata beliau tidak menerima jawatan senator, satu langkah yang membolehkannya masuk kabinet akibat ketewasannya Sabtu lepas.

samy vellu  010307 Bercakap kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat MIC hari ini, beliau juga berkata menerima dengan terbuka kekalahannya pada pilihanraya lalu.

MIC tewas teruk apabila pengundi menolak semua barisan pemimpin atasannya, termasuk ketua pemuda dan ketua wanita.

Parti itu tewas di enam daripada sembilan kerusi parlimen yang ditandinginya dan 13 daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ong semalam menolak tawaran menganggotai semula kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dengan alasan mahu menumpukan sepenuh masanya untuk membina semula MCA selepas kalah teruk.

MCA tewas di 25 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandingnya. Parti itu juga tewas 59 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingnya.

ADS