Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi gempa bumi kecil di Pahang
Diterbitkan:  Mar 15, 2008 1:28 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Kawasan sekitar Bukit Tinggi, Pahang sekali lagi digegarkan gempa bumi kecil - tiga gegaran sekuat 2.0 hingga 3.2 pada skala Richter terjadi masing-masing pada 7.16 pagi, 7.35 pagi dan 8.50 pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi, gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Tiada kerosakan harta benda dilaporkan akibat kejadian itu dan jabatan itu menasihati orang ramai agar tidak bimbang, lapor Bernama .

Antara November hingga Disember lalu, enam gempa bumi berukuran antara 2.7 hingga 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar kawasan itu.

Keenam-enam gempa bumi kecil itu hanya menyebabkan gegaran lemah dan tidak membahayakan nyawa dan harta benda sungguhpun ia dapat dirasai oleh penduduk di sekitar kawasan itu.

Jabatan waktu itu dilaporkan menyatakan gempa bumi bermagnitud sederhana atau lebih besar di jangka tidak akan berlaku di Bukit Tinggi.

Jabatan itu juga memberi jaminan akan sentiasa memantau 24 jam sehari aktiviti gempa bumi di dalam dan luar negara dan akan memaklumkan kepada orang ramai melalui radio dan televisyen jika berlaku kejadian yang boleh mengancam keselamatan orang ramai," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS