Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR S'ngor tunai janji air percuma
Diterbitkan:  Mar 17, 2008 9:09 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang menyemak perjanjian bekalan air yang dimeterai antara dua syarikat dengan pentadbiran BN sehari sebelum hari pengundian.

khalid ibrahim Semakan itu perlu bagi mengelak kemungkinan perjanjian itu - untuk mengurus dan merawat bekalan air mentah di loji Sungai Sireh, Tanjung Karang - dibuat secara berat sebelah demi mengayakan pihak tertentu, katanya di sidang media di kediaman rasminya di Shah Alam.

Semakan itu juga untuk membolehkan Selangor, yang diketuai oleh PKR, menunaikan janji dalam manifestonya - bekalan air secara percuma kepada rakyat negeri itu.

Beliau tidak menyebut tarikh tepat pelaksanaan program itu susulan semakan perjanjian air antara Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dengan kerajaan negeri belum bermula.

Bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu dirancang berkuatkuasa mulai April ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADS