Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan barisan pembangkang supaya tidak berasa terlalu selesa dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pembangkang, katanya, menang besar kali ini bukan kerana sukakan pembangkang atau pengundi menolak Barisan Nasional (BN) sama sekali.

Sebaliknya, kata beliau, sebab-sebab semasa yang membuat mereka tidak pengundi BN.

loh gwo burne "Seperti di Selangor, bukan rakyat nak sokong pembangkang, contohnya di parlimen Kelana Jaya, calon PKR - Gwo-Burne Loh (kiri) - 18 tahun tinggal di Shanghai, siapa pun tidak kenal dia.

lee hwa beng "Sebaliknya, calon BN Datuk Lee Hwa Beng (kanan) pula telah berkhidmat lebih 20 tahun kepada rakyat di situ, tapi calon PKR yang tinggal di China itu menang, kerana pengundi tolak calon BN atas sebab-sebab semasa," kata Muhammad.

Loh, yang dikenali selepas mengaku merakamkan video dalam kes perbualan peguam Datuk VK Lingam, mendapat 30,298 undi, menewaskan Lee dengan majoriti 5,031 undi.

Malah, kata Muhammad lagi, kini sudah terdapat pengundi yang murung dengan keputusan pilihanraya umum yang lalu.

"Dia iangat nak pukul (BN) sikit-sikit tetapi telah terlebih (hingga pembangkang menang besar)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

‘BN tidak kalah’

muhammad taib Muhammad (kiri) menegaskan demikian ketika diminta mengulas gesaan supaya Umno mengadakan perhimpunan agung khas bagi membincangkan kekalahan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum.

Gesaan tersebut dibuat oleh bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dalam suratnya kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara.

Gesaan yang sama juga disuarakan oleh pergerakan Pemuda Umno Johor kelmarin.

Pada umumnya, kata Muhammad, BN tidak kalah kerana ia memenangi 140 kerusi parlimen berbanding 82 kerusi di tangan pembangkang.

"Kita bukan kalah... Siapa kata kita kalah? Kita dapat 140 kerusi parlimen," katanya.

Ditanya mengenai gesaan Tengku Razaleigh dan Pemuda Umno Johor itu, bekas menteri besar Selangor itu membandingkan dengan keadaan ketika kerajaan PAS Kelantan kalah teruk sehingga menang dengan majoriti satu kerusi sahaja.

"Adakah berlaku perubahan pucuk pimpinan PAS di Kelantan? Adakah orang suruh (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) letak jawatan?" soalnya.

Sebaliknya, kata beliau, semua peringkat dalam Umno mahukan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak terus kukuh.

"Umno kena muhasabah diri, lihat balik di mana kelemahan sebenarnya," katanya.

ADS