Azizah terima Ketua Pembangkang
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, menerima jawatan ketua pembangkang selepas parti-parti pembangkang sepakat menamakannya untuk memikul tugas itu minggu lepas.
Dengan ini, beliau mencipta rekod sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.
PKR memperolehi 31 kerusi Dewan Rakyat, manakala DAP 28 dan PAS 23 kerusi.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Wan Azizah berkata "saya akan memegang amanah dan menggunakan peluang ini untuk menumpukan perhatian kepada lima isu utama yang dihadapi Malaysia dewasa ini."
Isu-isu tersebut meliputi memacu pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan secara adil, perpaduan antara kaum, kredibiliti sistem kehakiman, kebebasan media dan mempromosikan hak-hak asasi manusia.

