Azizah: Kami bukan 'dinasti politik'
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menganggap pembabitan beliau, suami dan anaknya dalam politik sebagai "dinasti".
"Saya fikir (dinasti politik) itu apabila anda berada dalam kerajaan dan anda sedang berkuasa," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini .
"Kita sekarang tidak mempunyai kuasa, kita dalam pembangkang, ... saya tidak fikir ia satu dinasti."
Selain suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat PKR, anak sulung mereka Nurul Izzah baru-baru ini menang sebagai ahli parlimen Lembah Pantai.
Dr Wan Azizah akui bahawa pada mulanya beliau kurang bersetuju apabila anaknya itu bercadang bertanding menentang tokoh besar Wanita Umno, dan juga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Ia tidak mudah, dia masih mentah - tidaklah terlalu mentah - tetapi dia masih muda dan belum luas pengalaman. Saya ibunya, saya mahu melindungi anak saya sepanjang hayat saya," kata doktor mata itu.
"Tetapi dia sendiri membuat pilihan dan oleh kerana itulah pilihannya, sebagai ibu, anda mesti menyokong anak anda, kerana kasih sayang ibu suatu yang anda tidak pertikaikan."
Ditanya sama ada beliau bimbang ketokohannya akan tenggelam berbanding Nurul Izzah, bakal ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata "saya memang berbangga dengan suami dan anak saya.
"Saya ibunya - ia tidak mengurangkan kelebihan saya, tiada apa-apa yang mengurangkannya - mereka berkhidmat untuk negara." Teks penuh wawancara

