Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu babi: PAS temui penduduk S'gor
Diterbitkan:  Apr 12, 2008 8:41 PM
Dikemaskini: 6:12 PM

PAS akan mengadakan perbincangan dengan penduduk negeri Selangor bagi mendapat maklum balas mengenai projek ternakan babi bersepadu yang akan dilaksanakan secara moden di negeri itu dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata perbincangan itu diadakan untuk mencapai penyelesaian terbaik mengenai isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak.

"Dewan Pemuda yang mengadakan mesyuarat hari ini mencadangkan tiga opsyen kepada penduduk negeri Selangor untuk membuat pilihan dan menyuarakan pandangan mereka," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Menurut laporan Bernama , opsyen pertama mencadangkan penternakan babi yang dimiliki oleh 300 pengusaha babi kecil-kecilan itu, dibiarkan dengan berlaku pencemaran alam sekitar tanpa melibatkan apa-apa tindakan.

ba selangor elections 060104 Opsyen kedua pula tidak membenarkan ladang babi diwujudkan dalam negara seperti negara Singapura manakala opsyen ketiga dengan mewujudkan satu pusat penternakan babi secara teknologi moden yang paling canggih seperti New Zealand dan Jerman.

Salahuddin berkata penternakan secara teknologi canggih itu akan meningkatkan pendapatan pengusaha kecil yang akan menjamin kebersihan dan hak orang bukan Islam mendapat bekalan babi dipenuhi.

"PAS akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan pandangan rakyat dan berkempen untuk buat rakyat faham.

"Saya yakin penduduk Selangor tidak akan menolak pelaksanaan ini dan dengan adanya siri penerangan secara baik untuk mendapat jawapan yang baik, rakyat harus buat satu pilihan," katanya.

Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan projek itu kerana penternakan sedia ada yang mengikut kaedah lama di kawasan itu mengakibatkan bau busuk, dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai seperti ancaman virus JE.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyambut baik keputusan cadangan memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan pembubaran itu juga perlu dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat termasuk di Kelantan.

ADS