Bagi menolak dakwaan amalan pilih kasih, presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan beliau tidak akan menamakan abangnya yang juga setiausaha agung parti itu, Datuk Ong Ka Chuan, sebagai

penggantinya.

"Saya tidak akan menamakan sesiapa pun sebagai pengganti saya. Tentunya saya tidak akan menamakan Ka Chuan sebagai penganti saya," katanya dalam wawancara eksklusif selama 90 minit dengan Malaysiakini Jumaat lalu.

ong ka ting interview 140408 11 Ka Ting, 51, berkata, ia terserah kepada ahli parti untuk memilih bakal pemimpin mereka dan menolak dakwaan bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk abangnya menduduki jawatan presiden.

“Pemilihan parti akan menjelang tiba, anda boleh lihat sama ada terdapat sebarang isyarat yang saya akan menyerahkan jawatan saya kepada beliau atau saya mahu beliau menggantikan saya...ia tidak akan berlaku," tegas Ka Ting.

Bagaimanapun, kata beliau, abangnya yang juga ahli parlimen Tanjung Malim, telah membuktikan kemampuannya berkhidmat untuk parti itu.

Dinasti 'Ong'

Isu pilih kasih menjadi tumpuan utama kumpulan yang melancarkan "Kempen Selamatkan MCA" untuk memastikan Ka Ting tidak dipilih semula sebagai presiden parti, ekoran kekalahan teruk MCA dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ka Ting dituduh mewujudkan 'dinasti Ong' dalam MCA apabila beliau melantik abangnya mengisi jawatan setiausaha agung MCA pada 2005 - dua tahun selepas menjadi presiden.

Walaupun Ka Ting menolak dilantik semula sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan tetapi abangnya dilantik menerajui kementerian tersebut.

Ekoran itu, Ka Ting - yang mempunyai sepenggal lagi untuk mempertahankan jawatan presiden - dituduh sedang menyediakan laluan untuk abangnya mengambil alih kepimpinan MCA.

Mengikut hirarki parti, Ka Chuan adalah pemimpin No. 4 selepas presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden, tetapi setiausaha agung mempunyai pengaruh besar dalam parti.

Baca berita penuh