Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skandal tanah P. Pinang didedah
Diterbitkan:  Apr 15, 2008 5:36 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Butiran penyelewengan tanah yang menyebabkan Pulau Pinang kerugian berjuta-juta ringgit akan didedahkan esok, kata ketua menteri Lim Guan Eng hari ini.

Menjawab cabaran bekas timbalan ketua menteri Datuk Abdul Rashid Abdullah, lapor laman web The Star Online , Lim berkata ahli exco kerajaan negeri akan bermesyuarat esok sebelum memutuskan untuk membuat pendedahan itu.

Abdul Rashid - yang juga mantan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah dan Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi - mencabar Lim agar membuktikan tuduhannya berhubung penyelewengan tanah bawah pentadbiran kerajaan BN.

lim guan eng and penang Abdul Rashid hari ini berkata Lim tidak wajar menuduh tanpa bukti kukuh.

"Pada mulanya saya tidak berniat mendedahkan butiran terperinci sekarang, saya tidak juga menuduh sesiapa kerana saya mahu memberi peluang kepada Abdul Rashid menjelaskan kenapa potongan (harga) premium diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan kenapa tanah-tanah kerajaan negeri diperuntukkan kepada syarikat-syarikat besar," Lim dilaporkan berkata di pejabatnya selepas menerima kunjungan Majlis Suku Cina Pulau Pinang.

"Kami tidak bercadangkan mengenakan sesiapa tetapi kerana beliau mencabar saya untuk memberikan butiran terperinci, saya akan dedahkan."

Agensi berita Bernama pula melaporkan, sebelum mengambil tindakan lanjut, Lim mahu mengadakan pertemuan dan berbincang secara terperinci dengan Abdul Rashid.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau (Abdul Rashid) pada bila-bila masa dan saya buat undangan rasmi menerusi media," beliau dipetik sebagai berkata.

Lim menambah, beliau ingin bersikap adil, oleh itu pertemuan dengan wakil rakyat BN itu penting.

ADS