Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bebaskan tahanan Hindraf, rayu Karpal
Diterbitkan:  Apr 24, 2008 11:26 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Pengerusi DAP Karpal Singh merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menarik balik perintah tahanan terhadap lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

bm lima tahanan hindraf Katanya, meskipun perintah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong berkaitan perkara itu, Syed Hamid pada bila-bila masa mengikut undang-undang, boleh menarik balik perintah tahanan terhadap kelima-lima pemimpin terbabit.

Menurut laporan Bernama, Yang di-Pertuan Agong pada 26 Mac, memerintahkan supaya penahanan lima pemimpin Hindu Rights Actions Force (Hindraf) bagi tempoh dua tahun bermula 13 Disember 2007, diteruskan sehingga tamat.

"Saya menyangkakan, sejajar dengan pendirian perdamaian dalam membawa perubahan termasuk penubuhan suruhanjaya pelantikan hakim dan kenaikan pangkat hakim-hakim, kelima-lima pemimpin itu akan dibebaskan untuk bersama semula dengan keluarga mereka.

"Hakikatnya, kerajaan sepatutnya, sejajar dengan pendekatan ini, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri," kata Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor dalam satu kenyataan semalam.

Pada 13 Disember tahun lepas, pihak berkuasa menahan M. Manoharan, PUthayakumar, V Ganabatirau, R Kenghadharan dan K. Vasanthakumar kerana menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang didakwa berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah.

Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

ADS