Umno pusat digesa segera membuat post mortem untuk mencari sebab-sebab kekalahan teruk yang dialami parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

khaled nordin Gesaan tersebut oleh ahl Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin yang juga menteri pengajian tinggi.

"Post-mortem mesti dibuat sekarang nanti semua orang dah lupa.. setiap bahagian dah buat.., bahagian saya dalam proses buat.. dan selepas itu (Umno) kena kaji," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat induk Sukan Universiti Asean 2008 ke-14 di Putrajaya hari ini.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, post-mortem memang perlu dibuat, tetapi tidaklah sampai ke peringkat menubuhkan suruhanjaya.

"Asalkan yang penting post-mortem itu dapat mengetahui kedudukan

yang sebenar, keadaan yang sebenar, sebab yang sebenar, saya fikir ini sudah mencukupi.

"Tak perlulah sampai nak ada macam suruhanjaya menggunakan kuasa atau peraturan, saya ingat tak perlu...," katanya mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim, yang juga Anggota MT Umno.

Rais dilaporkan sebagai berkata: "Jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk Umno.. untuk Umno perlu terus bergerak ke depan.

Kod etika parti

muhyiddin yasin muhyiddin yassin Sementara itu, naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kod etika parti semata-mata tidak akan berupaya menaikkan imej Umno kerana jiwa ahli parti turut memainkan peranan besar untuk menentukan parti itu sentiasa utuh dan dihormati.

Katanya, untuk menjadikan Umno sebuah organisasi yang berimej tinggi ia perlu berbalik kepada soal jiwa dan semangat anggota parti.

"Apa bentuk tata etika atau panduan tidak akan berguna jika ahli bertindak secara tidak berakhlak dan bermoral.

"Apa bentuk kod etika yang dipinda berpuluh kalipun tidak bermakna. Yang penting ahli perlu berpandu kepada semangat perjuangan dan berbuat sesuatu atas niat yang ikhlas untuk menolong bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat berhubung kod etika parti yang menyentuh soal tatacara pemilihan serta pengurusan parti kepada ahli badan perhubungan Umno Sabah di kota kinabalu hari ini

Muhyiddin berkata penjelasan yang diberikan tidak terhad kepada soal pemilihan parti sahaja tetapi merangkumi tatacara urusan berparti lain yang perlu dipatuhi oleh ahlinya.

Katanya kod etika yang diguna pakai pada pemilihan parti pada tahun 2001 telah dipinda dan telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat yang lalu.

"Apa bentuk kod etika yang dipinda berpuluh kalipun tidak bermakna. Yang penting ahli perlu berpandu kepada semangat perjuangan dan berbuat sesuatu atas niat yang ikhlas untuk menolong bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat berhubung kod etika parti yang menyentuh soal tatacara pemilihan serta pengurusan parti kepada ahli badan perhubungan Umno Sabah di kota kinabalu hari ini.

uhyiddin berkata penjelasan yang diberikan tidak terhad kepada soal pemilihan parti sahaja tetapi merangkumi tatacara urusan berparti lain yang perlu dipatuhi oleh ahlinya.

Katanya kod etika yang diguna pakai pada pemilihan parti pada tahun 2001 telah dipinda dan telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat yang lalu.

Muhyiddin berkata satu daripada perkara yang diberikan penekanan ialah berhubung rasuah politik kerana ia disenaraikan sebagai satu kesalahan besar berdasarkan kod etika parti.

Katanya perkara lain yang disentuh ialah berhubung kelonggaran berkempen olehcalon dan kebenaran kepada Badan Perhubungan Umno Negeri untuk mengaturperjumpaan calon-calon dengan perwakilan negeri atas budi bicara mereka.