Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy: Projek khinzir raksasa @ PKR
Diterbitkan:  May 12, 2008 2:35 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Rembau, mencipta singkatan nama yang menarik di Dewan Rakyat hari ini dalam isu penternakan babi dengan menamakannya "Projek Khinzir Raksasa" atau PKR.

Beliau berucap sewaktu membahaskan isu bahan makanan yang mencukupi seperti padi, daging lembu, sayur dan daging kambing.

Beberapa ahli parlimen PKR tidak berpuas hati dan bangun untuk menjawab tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy.

Sindiran tajamnya itu bagaimanapun dijawab ahli palimen PAS, Mahfuz Omar, dengan PBN atau "Projek Babi Negara".

Khairy kemudian bertanya siapa yang mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi gagal mengenal pastinya.

Sindiran beliau di awal ucapan di sesi pagi tadi dipercayai merujuk kontroversi projek penternakan moden babi di Selangor yang kini dipimpin oleh menteri besar PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Isu ini meledak pertengahan bulan lalu selepas kerajaan negeri meneruskan projek yang dicadangkan sejak pentadbiran BN bagi mengatasi masalah pencemaran di Kuala Langat.

Projek itu dilaporkan menelan belanja RM100 juta.

ADS