Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mesyuarat jawatankuasa Umno bahagian Muar, bagi menentukan tarikh untuk mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) yang sepatutnya diadakan petang semalam, tidak menjadi kenyataan.

Pembatalan ini ekoran ketua bahagian Datuk Mohd Ismail Mohd Shah tidak dapat menghadirinya atas alasan "baru balik dari menghadiri satu program di Terengganu".

Ketua cawangan Umno Bandar, Datuk Kadar Shah Sulaiman, antara penggerak usaha mengadakan EGM itu berkata, semua ahli jawatankuasa bahagian telah hadir semalam kecuali Mohd Shah.

Ekoran itu, katanya, mereka akan bersemuka dengan Mohd Shah petang ini untuk mengetahui kedudukan sebenar sama ada beliau bersetuju EGM itu diadakan atau sebaliknya.

Ditanya kemungkinan ketua bahagian berubah fikiran, Kadar berkata: "Tidak tahulah, kita tengok petang ini.

"Kalau beliau macam mahu mengelak (daripada berjumpa), kita mungkin pertimbangkan untuk meneruskan (mesyuarat) tanpanya."

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan terperinci pertemuan itu sebaliknya hanya berkata: "kalau ada apa-apa, saya beritahu nanti."

Sebelum ini, Mohd Ismail dilaporkan bersetuju EGM itu diadakan sewaktu mengadakan "perjumpaan hati ke hati" dengan empat AJK bahagian, termasuk Kadar sendiri.

Sebelum ini, Mohd Ismail dilaporkan bersetuju EGM itu diadakan sewaktu mengadakan "perjumpaan hati ke hati" dengan empat AJK bahagian, termasuk Kadar sendiri.

Semalam Kadar berkata, mesyuarat itu bertujuan memutuskan tarikh mengeluarkan notis memanggil EGM, antaranya bertujuan memansuhkan sistem kuota pencalonan peringkat barisan pemimpin tertinggi.

"Kita berharap notis (memanggil mesyuarat EGM) dapat dikeluarkan hari ini atau selewat-lewatnya esok supaya EGM dapat diadakan dalam tempoh 14 hari (selepas notis)," katanya.

Kadar membayangkan 25 Mei sebagai tarikh yang sesuai atau pada suatu hari Ahad untuk memudahkan ahli Umno hadir.

ADS