Majlis pandang berat peguam Bala disiasat
Majlis Peguam hari ini memandang berat tindakan polis memanggil beberapa orang peguam untuk disoalsiasat berhubung kehilangan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Menurut Presidennya, Datuk S Ambiga, ini adalah satu percubaan oleh pihak polis untuk menakut-nakutkan peguam supaya mendedahkan maklumat sulit.
Pagi tadi, peguam M Puravelan disoalsiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan. Beliau merupakan peguam ketiga dipanggil untuk disoalsiasat berhubung kes tersebut.
Puravelan merupakan peguam Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.
Balasubramaniam baru-baru ini mengejut negara apabila membuat dua akuan berkanun. Yang pertamanya, yang bertarikh 1 Julai, beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
Manakala dalam akuan berkanun keduanya pada 3 Julai, Balasubramaniam mendakwa, beliau membuat akuan pertama dalam keadaan tertekan dan mengandungi maklumat yang tidak betul.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.