Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P'raya Ptg Pauh ditentu 6 Ogos
Diterbitkan:  Aug 1, 2008 1:38 PM
Dikemaskini: 4:57 PM

Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan dalam mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rabu depan.

Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata SPR telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota parlimen kawasan itu hari ini daripada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut laporan Bernama , Kamaruzaman berkata bahawa mesyuarat itu nanti akan turut menetapkan tarikh mengeluarkan writ pilihanraya, tarikh mengeluarkan notis pilihanraya dan daftar pemilih yang akan diguna pakai pada pilihanraya kecil tersebut.

Dr Wan Azizah, presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai membuka laluan kepada suaminya, yang juga penasihat parti.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Mac lepas, beliau memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388.

ADS