Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) bersama rakan strategiknya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata keyakinan terhadap Ab Rauf berasaskan rekod kepimpinan dan potensi besar yang ditonjolkan sejak memegang jawatan Setiausaha Kerja UMNO terdahulu.

"Insya-Allah Datuk Rauf, walaupun kita ‘order’ barang (secara) online, barang yang ‘order’, barang itulah juga yang Melaka akan dapat," katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera BN Parlimen Jasin di Dewan Alamanda di Jasin, malam tradi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 Nov, dengan penamaan calon pada 31 Okt dan undi awal pada 10 Nov.

PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

- Bernama