Larangan Waze: Yeo persoal keupayaan TuJu saingi gergasi teknologi
Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin mempersoalkan keupayaan aplikasi navigasi tempatan TuJu menyaingi Waze dan platform global lain, ketika kerajaan mempertimbangkan larangan menyeluruh terhadap Waze.
Pemimpin DAP itu memberi amaran larangan yang dibuat secara reaktif boleh mengganggu perjalanan harian, menjejaskan kegiatan ekonomi gig dan merosakkan reputasi landskap digital negara.
Yeo mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya Waze selepas menilai alternatif yang tersedia, termasuk keupayaan aplikasi tempatan.
Anwar turut mengakui kelemahan TuJu dan masalah kelajuannya, tetapi menegaskan pertimbangan keselamatan negara perlu diutamakan.
/file/attachments/orphans/45332342342_547167.png)
Dalam kenyataan hari ini, Yeo mempersoalkan kemampuan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), yang melancarkan TuJu bersama syarikat pemajunya, Prosignal Consortium Sdn Bhd, tahun lalu, untuk bersaing dengan platform navigasi yang sudah bertapak.
BACA BERKAITAN: Undang NS, Adun prokerajaan, bekas IGP dikaitkan dengan pemaju TuJu
“Jika pentadbiran berhasrat menggantikan Waze, apakah alternatif yang boleh dipercayai dan bertaraf perusahaan yang sedang dinilai kerajaan, dan adakah keupayaan operasi serta algoritma penentuan laluannya sudah diuji dalam keadaan beban tinggi untuk kegunaan komersial di seluruh negara?
“Adakah kerajaan benar-benar menjangkakan badan berkanun seperti LLM mampu membangunkan, mengoptimumkan dan menyelenggara platform navigasi berasaskan maklumat sumbangan pengguna yang mampu menyaingi gergasi teknologi global?” soalnya.

Bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim itu berkata pembangunan algoritma penentuan laluan dinamik serta penyediaan data peta dengan kelewatan minimum memerlukan operasi berskala besar, pengoptimuman pembelajaran mesin secara berterusan dan sumber kejuruteraan khusus.
Dia memberikan contoh Korea Selatan, yang menurutnya mengehadkan pengehosan penuh data peta di luar negara oleh perkhidmatan seperti Google Maps dan Waze.
Menurut Yeo, alternatif tempatan yang berdaya maju di negara itu dibangunkan dan dikembangkan oleh konglomerat teknologi tempatan bernilai berbilion dolar, bukannya agensi kerajaan.
Bagaimanapun, pada 27 Feb 2026, kerajaan Korea Selatan meluluskan secara bersyarat permohonan Google untuk mengeksport data peta berketepatan tinggi ke pelayan luar negara. Kelulusan itu tertakluk kepada syarat keselamatan ketat, termasuk pemprosesan data pada pelayan tempatan dan semakan kerajaan sebelum eksport dibenarkan.
/file/attachments/orphans/12313123123_514065.png)
“Secara keseluruhan, larangan reaktif berisiko menyebabkan gangguan yang tidak perlu kepada orang ramai, menjejaskan kelancaran ekonomi gig dan merosakkan reputasi landskap digital Malaysia.
“Keputusan dasar sebesar ini tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa atau dipandang ringan... ia memberi kesan langsung kepada lebih enam juta pengguna jalan raya aktif di Malaysia yang bergantung pada navigasi masa nyata setiap hari untuk mencari rezeki, berulang-alik dan urusan logistik,” kata Yeo.
TuJu jadi tumpuan
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata semalam bahawa LLM dan Prosignal Consortium perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai masalah yang dilaporkan pengguna TuJu.
/file/attachments/orphans/3245342234342324_534722.png)
Menteri komunikasi itu berkata penjelasan berkenaan perlu merangkumi punca gangguan, masalah teknikal, keberkesanan aplikasi dan pengalaman pengguna, serta langkah pembetulan dengan sasaran dan tempoh pelaksanaan yang jelas.
Pengurusan TuJu pada kenyataan malam tadi memohon maaf kepada pengguna yang mengalami gangguan fungsi navigasinya.
Menurutnya, pasukan teknikal sedang menjalankan kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov.
Pengurusan aplikasi itu turut memaklumkan fungsi lain masih boleh digunakan seperti biasa dan perkembangan kerja pemulihan akan diumumkan melalui saluran rasmi TuJu.
/file/1115/8ba59f2e48dbe97d6420b570a52e9c73.jpeg)
Terdahulu, kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze atas pertimbangan keselamatan data.
Waze kemudian menafikan dakwaan aplikasinya mengumpulkan maklumat sensitif kerajaan atau membenarkan pihak lain mengeksploitasi data peribadi pengguna.
Jurucakap Waze memberitahu Malaysiakini bahawa aplikasi itu beroperasi mengikut dasar privasi yang ketat untuk melindungi data pengguna serta mematuhi piawaian undang-undang perlindungan data global.
Asas keselamatan dipersoal
Yeo turut mempersoalkan alasan keselamatan kerajaan dengan membandingkan pendekatan Malaysia dengan beberapa negara Teluk.
“Mengapa negara anggota Majlis Kerjasama Teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar tidak melarang Waze? Negara-negara ini terletak berhampiran kawasan konflik dan mempunyai protokol keselamatan negara yang ketat.
“Selain itu, adakah Putrajaya sudah mengadakan perbincangan langsung pada peringkat tertinggi dengan syarikat induk Google, Alphabet, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, untuk meneliti langkah pengasingan teknikal, seperti mengehoskan data telemetri dan lokasi pengguna Malaysia pada pelayan berdaulat dalam negara?” soalnya.
Dia menggesa Majlis Keselamatan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri mendapatkan pandangan pakar industri dan teknologi navigasi, serta berunding secara telus dengan pihak berkepentingan sebelum menentukan langkah seterusnya.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/7a03a64b2d9d06cf2cc930d3e069bd27.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.