Mosti terima aduan penyalahgunaan identiti pegawai minta bayaran
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerima beberapa aduan mengenai penyalahgunaan nama serta identiti kementerian dan pegawainya oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meminta bayaran serta menjalankan urusan tanpa kebenaran.
Mosti memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perkara itu dan menegaskan penggunaan nama, logo atau identiti rasmi kementerian tanpa kebenaran tidak bermakna sesuatu urusan mendapat kelulusan atau melibatkan Mosti.
"Semua urusan rasmi hendaklah melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian," menurut kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Mosti menasihati orang ramai dan pihak industri supaya membuat pengesahan melalui saluran rasmi kementerian sebelum melakukan sebarang pembayaran atau mengambil tindakan berdasarkan komunikasi yang mencurigakan.
Kementerian itu turut menegaskan komitmennya untuk memelihara integriti perkhidmatan awam serta melindungi kepentingan orang ramai dan pihak industri daripada sebarang bentuk penipuan dan penyalahgunaan identiti.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau ingin membuat pengesahan boleh menghubungi Seksyen Perolehan, Bahagian Kewangan, Mosti melalui talian 03 - 8885 8164/8072/8373/8506/8208.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/1196/190095305104f66ec39ba376b110c45f.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.