Peguam didakwa ganggu doktor forensik kes kematian Noorizwan, polis buka siasatan
Polis sedang menyiasat dakwaan gangguan terhadap seorang doktor pakar forensik oleh beberapa peguam, berhubung kes kematian tahanan Noorizwan Zulkefly.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar berkata pihaknya menerima laporan polis daripada doktor berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506, Seksyen 186 dan Seksyen 189 Kanun Keseksaan.
/file/attachments/orphans/mkumar1sdesd_904981.png)
“Doktor berkenaan merupakan seorang penjawat awam dan laporan polis diterima daripada beliau. Siasatan masih berjalan dan pihak polis sedang merakam keterangan pihak berkaitan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata polis setakat ini merakam keterangan doktor terbabit serta tiga peguam yang dikaitkan dengan kes berkenaan, manakala keterangan ahli keluarga Noorizwan sedang diambil.
Mengulas perkembangan siasatan kematian Noorizwan, Kumar berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Rabu ini, untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, beliau memaklumkan bahawa siasatan kes kematian Noorizwan diambil alih oleh Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman dan disiasat mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan.
Klasifikasi itu dibuat selepas rakaman percakapan Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz menunjukkan, terdapat kecederaan luaran pada beberapa bahagian tubuh si mati.
/file/attachments/orphans/234233232324432_683396.jpg)
Corak kecederaan itu didapati selari dengan trauma tumpul dan bukan akibat perbuatan sendiri.
Bagaimanapun, laporan lengkap bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian masih belum diperoleh dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat lanjut.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/1312412312312_526005.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.