Dakwaan Adun cederakan isteri: Polis tunggu arahan lanjut DPP
Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung laporan daripada isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang mendakwa dicederakan suaminya dalam kejadian penghujung bulan lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata ketika ini kertas siasatan kes itu masih berada di pejabat DPP untuk penelitian lanjut.
"Kertas siasatan kes itu masih di (pejabat) DPP dan pihak polis menunggu arahan lanjut berhubung kes tersebut," katanya mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama malam ini bagi mendapatkan perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.
Lim pada minggu lepas mengesahkan polis menerima laporan daripada isteri ADUN itu yang mendakwa dicederakan suaminya di kediaman mereka di sini, 31 Okt lepas.
Dalam sidang media pada 2 Nov, Lim berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dengan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.