AJK Gerakan angkat sumpah Adun lantikan, isi kuota bukan Islam di Terengganu
Ahli Jawatankuasa Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Terengganu Chan Chee How hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lantikan bagi mewakili masyarakat bukan Islam di negeri itu.
Usul pelantikan Chan dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu yang juga Adun Kijal Razali Idris dan kemudiannya disokong Adun Buluh Gading Ridzuan Hashim.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-27_171599.jpg)
“Pelantikan ini selaras dengan peruntukan Fasal XXVII (2), Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) yang membolehkan pelantikan ahli bagi mewakili masyarakat bukan Islam apabila golongan tersebut tidak mempunyai wakil yang dipilih dalam Dewan Undangan Negeri,” kata Razali.
Razali berkata demikian ketika mencadangkan usul pelantikan itu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu.
Chan, 51, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua DUN Terengganu Mohd Nor Hamzah. Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-24_603638.jpg)
Chan yang juga ahli perniagaan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Perhubungan Awam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 10 pada 2022 hingga 2025 serta mempunyai pengalaman dalam pengurusan syarikat dan jualan.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-26_231196.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.