Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Lawatan tiada kaitan dengan 16 Sept
Diterbitkan:  Sep 9, 2008 12:19 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dakwaan bahawa 49 ahli Parlimen kerajaan telah dihantar mengikuti lawatan sambil pelajar di Taiwan bagi mengelak potensi ada yang melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September ini.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, lawatan itu tidak ada kaitan dengan tarikh 16 September.

Sehubungan itu beliau membidas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menetapkan tarikh 16 September untuk menubuhkan kerajaan baru dengan bantuan ahli-ahli parlimen BN yang melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut Najib, adalah tidak bermoral untuk membeli ahli-ahli Parlimen tersebut kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Najib berkata, mereka adalah merupakan wakil rakyat BN yang dipilih oleh rakyat.

Najib juga menafikan bahawa kerajaan membiayai lawatan lapan hari itu untuk meninjau perkembangan teknologi pertanian di Taiwan.

Kumpulan pertama seramai 41 orang telah berlepas ke Taiwan semalam, manakala lapan orang lagi bertolak hari ini.

Menurut Najib, lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional.

"Ia duit mereka dan mereka boleh buat apa yang mereka mahu selagi ianya produktif," tambahnya.

[Laporan penuh menyusul]

ADS