Barisan kepimpinan baru Pemuda, Wanita MCA
Dr Mah Hang Soon, Ketua Pemuda MCA Perak, memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda MCA dalam pemilihan pergerakan itu hari ini.
Mah memperoleh besar - 1,152 - untuk menewaskan ketua Pemuda MCA Kapar, Song Kee Chai yang hanya mendapat 394 undi.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua Pemuda MCA.
Jawatan itu kosong selepas Datuk Liow Tiong Lai tidak mempertahankannya kerana melebihi had umur 45. Liow danbertanding jawatan naib presiden.
Sementara itu, Ketua Wanita MCA yang baru dilantik, Datuk Paduka Chew Mei Fun, menganggap barisan baru kepimpinan sayap wanita parti itu sebagai hadiah terbaik bagi harijadinya hari ini.
Beliau menyifatkan barisan kepimpinan Wanita MCA yang baru ini sebagai sebuah pasukan yang kuat, dan menjadi hadiah terbaik yang pernah diperolehi.
Jawatan timbalan ketua Wanita pula dimenangi tanpa bertanding oleh bekas setiausaha agung Wanita MCA Datuk Yu Chok Tow.
Begitu juga empat jawatan naib pengerusi wanita MCA yang dimenangi tanpa pertandingan oleh Agnes Shim, Datuk Christina Lim Bee Kau, Datuk Lee Pit Chern dan Tan Ah Eng.
Berikut ialah senarai pemegang jawatan Pemuda MCA bagi penggal 2008-2011.
Pengerusi
Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Pengerusi
Dr Mah Hang Soon
Naib Pengerusi (4 jawatan)
1. Yong Chen Leong
2. Yoo Wei How
3. Dr Chin Tung Leong
4. Yit Lee Kok
Jawatankuasa Pusat (20 jawatan)
1. Lee Chuen Ling
2. Tong Goh Teong
3. Wong Nai Chee
4. Ding Siew Chee
5. Yeong Kian Heng
6. Tang Nai Soon
7. Yap Tian Hoi
8. Chia Seia Yang
9. Chai Kok Lim
10. Khoo Boon Chuan
11. Gan Hong Su
12. Lim Eng Teck
13. Lim Boon Aik
14. Ling Hee Keat
15. Liaw Ban Kheng
16. Tew Boon Chin
17. Chong Aik Chang
18. Ng Siew Khoon
19. Koh Wan Leong
20. Chiew Yoke Theng
Wanita MCA
Pengerusi
Datin Paduka Chew Mei Fun
Timbalan Pengerusi
Datuk Yu Chok Tow
Naib Pengerusi (4 jawatan)
1. Lee Pit Chern
2. Tan Ah Eng
3. Lim Bee Kau
4. Shim Tshin Nyuk
Jawatankuasa pusat (23 jawatan)
1. Goh Swee Gim
2. Saw Ooi Leng
3. Chiew Hong Lan
4. Choong Saw Fen
5. Wong Pik Min
6. Yap Yem Ming
7. Lai Poey Yee
8. Tan Tok Kee
9. Chong Sau Chan
10. Lee Geoh Lan
11. Lim Kee Moi
12. Ong Siew Giok
13. Tan Boon Kiat
14. Leong Siew Kam
15. Chan Lea See
16. Chong Mui @ Chong Kam Mui
17. Gan Soo Bing
18. Chua Fong Ling
19. Chang Seok Sin
20. Liau Ah Kheng
21. Goh Hui Peng
22. Tan Choo Kuan
23. Chai Yat Chiew

