Hari ini merupakan hari terakhir mesyuarat perwakilan bahagian Umno dan merupakan hari penentuan bagi Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang memerlukan tiga lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden.

Sehingga malam tadi, beliau mendapatkan 36 pencalonan. Kelayakan minima bagi jawatan timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Dua lagi calon - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam - telah layak bertanding selepas masing-masing memperolehi 84 dan 41 pencalonan.

Hari ini, empat bahagian di Selangor - Tanjung Karang, Hulu Selangor, Kelana Jaya dan Ampang - akan bermesyuarat hari ini.

Menurut seorang pembantu Muhd Taib, keempat-empat bahagian berkenaana dijangka mencalon Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Beliau menjangka bekas menteri besar Selangor akan memperolehi kelayakan minima menjelang tengahari ini.

Bagi jawatan presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding.