Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menafikan bahawa pihak polis bertindak menyuraikan para peserta majlis memasang lilin malam tadi ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Apabila diberitahu mengenai rakaman video berhubung tindakan polis itu, Khalid menjawab: "Saya menafikannya".
Beliau diminta mengulas penahanan 23 individu, termasuk juruvideo Malaysiakini, Syukri Mohamad dan seorang padri Katholik, di depan Pusat Sivik Petaling Jaya.
Kecuali seorang, kesemuanya dibebaskan pada jam 7 pagi tadi dengan jaminan polis.
Mereka dikehendak melaporkan diri di balai polis daerah PJ pada 24 November. Lihat video di sini