Kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini.

Bagaimanapun, tidak seperti Ahad lalu, kali ini pihak penganjur mendapat permit polis untuk mengadakan bantahan tersebut.

Mereka mula berhimpun di situ sejak jam 7.30 malam.

A parliament ipcmc roundtable talk 281207 richard yeoh had lalu, polis bertindak menyuraikan kumpulan yang mengadakan perhimpunan anti-ISA dan menahan 23 orang. Turut ditahan ialah beberapa orang ahli politik.

Anggota Majlis Petaling Jaya, Richard Yeoh memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah memohon permit polis Jumaat lalu untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan mendapat kelulusan semalam.

Difahamkan perhimpunan akan diadakan di tempat yang sama setiap minggu. Ia dianjurkan sekumpulan rakyat prihatin.

Baca berita penuh

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS