27 Nov tarikh tentukan Raya Qurban
Diterbitkan: Nov 20, 2008 8:07 PM | Dikemas kini: Nov 20, 2008 8:27 PM
Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Qurban ditetapkan pada petang Khamis, 27 Nov, bersamaan 29 Zulkaedah 1429 Hijrah, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban berdasarkan Rukyah dan Hisab, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Tarikh Hari Raya Qurban akan diisytiharkan pada malam tersebut melalui radio dan televisyen.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.