Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Irene Fernandez dibebaskan
Diterbitkan:  Nov 24, 2008 12:08 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan aktivis pejuang hak asasi pendatang asing, Irene Fernandez dan sekaligus mengakhiri kes mahkamah yang berlanjutan selama 13 tahun.

appeal by irene fernandez 241108 s ambiga and wan azizah 01 Pada 2003, Irene yang juga pengarah eksekutif Tenaganita dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah menerbitkan maklumat palsu dengan niat jahat.

Kes tersebut yang didengar di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, merupakan perbicaraan yang paling lama dalam sejarah Malaysia.

Mahkamah dijadual mula mendengar kes rayuan Irene pagi ini walaupun dokumen berhubung kes tersebut mungkin tidak lengkap.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Apandi Ali membebaskan Irene selepas Timbalan Pendakwaraya, Shamsul Sulaiman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwa tidak mencabar rayuan Fernandez agar pensabitannya itu dan hukuman yang dikenakan terhadapnya diketepikan, berdasarkan alasan bahawa rekod rayuan tidak jelas.

Shamsul berkata, langkah tidak mencabar rayuan itu dibuat demi keadilan dengan mengambil kira bahawa terdapat kesilapan pada rekod nota prosiding Mahkamah Majistret.

Apabila kes itu disebut pada 11 Jun, ia ditangguhkan kepada 5 Ogos kerana dokumen berhubung kenyataan saksi-saksi utama pihak pendakwa telah hilang.

Ia ditangguhkan bagi kali kedua kerana terdapat virus dalam komputer yang mengakibatkan volum tertentu nota-nota yang diperlukan untuk perbicaraan, telah hilang.

Baca berita penuh

ADS