Radio popular banyak siar lagu import
kemaskini 3:12pm Tinjauan penyiaran lagu-lagu asing di stesen-stesen radio popular membuktikan kesahihan tuntutan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk memperkenalkan kuota 90:10, kata pengurus pentadbirannya.
Namun beliau enggan mendedahkan tiga stesen terbabit dan butiran lengkap hasil tinjauan tersebut yang dijalankan oleh 20 penyelidik.
Katanya lagi, pasukan itu membuat pemantauan berterusan 24 jam tanpa henti dalam tempoh tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar amalan stesen-stesen radio berkenaan.
"Kita pantau tiga radio swasta utama. Kita catit setiap minit (siaran) dan buat inventori," kata Ahmad.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau menjelaskan, pertemuan Karyawan dengan menteri berkenaan Datuk Shaziman Abu Mansor bagi membentangkan perkara itu dijangka diadakan minggu depan.
Bagaimanapun, tambah beliau, tarikhnya masih belum ditetapkan.
September lalu, rombongan Karyawan yang diketuai presidennya Freddie Fernandez menyampaikan memorandum memohon pelaksanaan kuota itu kepada Shaziman di pejabatnya di Putrajaya.
Cadangan itu, yang disokong 700 penggiat seni, mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra daripada seniman tempatan dan Indonesia.

