Pertemuan jawatankuasa teknikal Umno-PAS yang ditunda pagi tadi kini diteruskan di Carcosa Seri Negara, bermula jam 3.30 petang tadi, untuk memutuskan beberapa perkara sebelum perbincangan peringkat tertinggi Isnin depan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan pertemuan itu ditunda kepada satu tarikh baru. Bagaimanapun kedua-dua parti tersebut tidak bersedia memberikan butiran lanjut.

Laporan yang memetik kenyataan Setiausaha Agung PAS Nasharudin Mat Isa dan setiausaha akhbar Menteri Penerangan, Zukri Valentino, enggan menjelaskan sebab-sebab penangguhan pagi tadi.

Zukri bagaimanapun menyebutkan ia "ditangguhkan serta-merta."