mk-logo
Berita
Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia
Diterbitkan:  Feb 9, 2009 5:07 AM
Dikemaskini: 8:35 AM

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

roslan shaharum Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209 Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini