Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi menetapkan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didengar pada 1 hingga 24 Julai depan.

Pada mulanya, apabila kes itu disebut di hadapan Hakim Mohd Zabidin Md Diah pada jam 11.30 pagi tadi, beliau mahu ia didengar Mei ini. Bagaimanapun, peguam Anwar memberitahu bahawa mereka tidak kelapangan pada masa tersebut.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808 Tuduhan tersebut dibaca sekali lagi kepada Anwar dan ketua pembangkang tersebut minta dibicarakan.

"Minta bicara,fitnah jahat," kata Anwar.

Peguam utama Anwar - Sulaiman Abdullah - kemudiannya memaklumkan kepada Zabidin bahawa pihaknya belum lagi mendapat semua dokumen berhubung kes tersebut seperti gambar-gambar, rakaman CCTV dan juga DNA.

"Kita perlukan semua ini kerana pasukan peguambela perlu menghantarnya kepada pakar luar negara. Ini akan memerlukan masa lebih daripada seminggu," katanya.

Sulaiman juga memberitahu bahawa Anwar juga telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Zaibidin pada 5 Mac bahawa sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah sah dan oleh itu kes tersebut harus dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Peguamcara negara 11, Mohd Yusof Zainal Abidin memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyerahkan kesemua dokumen yang diperlukan itu bagi menjaminkan perbicaraan yang adil.

Zabidin berkata, beliau tahu mengenai rayuan tersebut dan akan menetapkan kes itu didengar pada tarikh dua bulan dari sekarang.

"Saya harap anda semua memberi keutamaan kepada kes ini. Mengenai rayuan tersebut, saya berharap ia akan didengar dalam tempoh dua bulan tersebut, jika tidak, kita boleh menetapkan tarikh yang lain.

"Buat masa ini, apa juga dokumen yang belum diserahkan oleh pihak pendakwa, hendaklah diserahkan kepada mereka (peguambela)," katanya.

puravalen pc on missing pi balasubramaniam 180708 haji sulaiman Difahamkan kemudian bahawa pihak pendakwa telah menyerahkan semua dokumen tetapi beberapa gambar dari rakaman CCTV di kondominium tidak jelas dan pihak peguambela mahu gambar-gambar yang lebih terang.

Ekoran itu, Zabidin menetapkan perbicaraan kes itu didengar pada 1 Julai, selepas Sulaiman (foto)memberitahu bahawa tarikh-tarikh lain tidak sesuai.

Beliau juga bersetuju untuk mengekalkan syarat-syarat asal yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

Baca berita penuh

ADS