Sempena Aidilfitri ini, Malaysiakini memberi ruang kepada pembaca kami untuk menyiarkan ucapan kepada keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan juga sesama pembaca.

Bagi pihak kakitangan, sidang pengarang dan pengurusan kami juga mengucapkan selamat hari raya dan memohon ampun dan maaf jika ada tersilap dan salah.

Semoga Hari Raya tahun ini akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan

sesama umat Islam dan juga kepada mereka yang bukan Islam.

Bersama-sama kita raikan Aidil Fitri ini dengan semangat muhibah antara kaum.