Salam Aidiladha
Diterbitkan: Oct 31, 2011 8:27 AM | Dikemas kini: Oct 31, 2011 8:28 AM
Sempena Aidiladha ini, Malaysiakini memberi ruang kepada pembaca kami untuk menyiarkan ucapan kepada keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan juga sesama pembaca.
Bagi pihak kakitangan, sidang pengarang dan pengurusan kami juga mengucapkan selamat hari raya.
Semoga kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT sentiasa menjadi teladan dan akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama umat Islam.
Bersama-sama juga kita raikan Aidiladha ini dengan semangat muhibah dan bertoleransi antara kaum.

