Bangsa dan agama di Malaysia: masalah atau proses?
Menjelang Hari Kebangsaan, pihak media telah menyiarkan banyak cerita dan rencana yang menyentuh mengenai kemampuan kita untuk hidup serumpun di Malaysia walaupun wujud perbezaan dan kepelbagaiannya. Apa yang dapat ditanggap daripada tulisan-tulisan tersebut ialah kenyataan bahawa keharmonian yang kita nikmati itu merupakan satu proses yang berterusan.
Bagaimanapun, dari segi penganalisaan dan dasar-dasar kerajaan, keupayaan majoriti rakyat Malaysia untuk hidup bersama adalah merupakan satu 'anugerah'. Banyak analisa dan dasar-dasar yang menerima 'bulat-bulat' keupayaan yang berlapis untuk terus berkembang, dan kebanyakannya memberi tumpuan kepada masalah-masalah, seperti polarisasi kaum, atau pergeseran dan tidak peka kepapada persoalan agama.
Negara mempunyai undang-undang dan dasar-dasar yang mengawal tatacara kita, berhubung soal bangsa dan agama ianya mesti peka, bijak dan waras. Persyaratan ini amat penting dalam menjamin keamanan yang kita nikmati ini.
Malangnya, salah satu kesan daripada keadaan itu, iaitu amaran-amaran berterusan supaya mengelak daripada mencetuskan huruhara perkauman dan agama, telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia 'mengelak' daripada 'berdialog', apatah lagi 'berbincang' mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal keturunan dan agama.

Keadaan ini telah menyumbang kepada lahirnya satu generasi rakyat Malaysia yang tidak merasakan perlunya apatah lagi untuk menikmati pengalaman mengenai keberbagairagaman ini.
Polarisasi kaum/agama yang kita lihat ialah satu 'pengunduran' generasi baru ke tempat yang selamat (kerapkali atas dorongan ibubapa dan guru-guru) di mana seseorang itu tidak boleh dituduh 'tidak peka' atau 'menghasut'. Atau di mana 'kesucian' peraturan budaya dan agama terpelihara.
Dilarang
Di dalam dunia yang kian mengecil pada setiap saat ini akibat pengaruh teknologi, maka pengasingan dan kesucian seperti ini adalah tidak realistik ataupun membolehkan kita menguasai diri sebagai individu, sebuah negara atau sebagai warga sejagat.
Demi memelihara keamanan dan keharmonian yang dihargai bersama, kita telah menjungkitkan neraca untuk menumpukan perhatian kepada yang dilarang dan disekat, manakala kita menganggapkan kehidupan bersama ini sebagai sampingan (incidental) dan bersifat bermusim (occasional): meraikan perayaan masing-masing, mengadakan rumah terbuka dan menjamu selera hidangan masing-masing.
Tetapi apa yang lebih ketara ialah hakibat bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini, saling bantu membantu ketika di pejabat, kilang, mengguna kemudahan dan pengangkutan awam bersama, menghadiri kelas bersama, membeli-belah bersama, membeli dan menjual pada sama lain, dan nampaknya mereka juga mempunyai persamaan pendapat mengenai apa yang harus dimiliki oleh seorang Idola Malaysia.
Semua ini bermakna, ramai warga Malaysia, lebih daripada kebanyakan masyarakat yang lain di dunia, sentiasa sedar bahawa kita di kelilingi orang yang berlainan kaum atau agama. Mungkin kita telah begitu selesa dengan unsur pendedahan dan rangkuman ini, sehingga ianya dianggap suatu kebiasaan.
Mengapa tidak kita terokai bagaimana kebanyakan kita, khususnya yang tinggal di bandar, hidup dan bergaul setiap hari dalam masyarakat yang berlainan kaum dan agama? Kita tidak sedar kendiri atau cukup meneroka bagaimana kita telah belajar hidup bersama selama 47 tahun meskipun kita telah melalui beberapa peristiwa yang mencemas.
Ia bukan sekadar undang-undang dan para pemimpin yang mencorakkan keharmonian kita. Realitinya ialah setiap rakyat Malaysia, pada setiap hari, menjiwai dan mengharungi yang khusus dan yang berbeza, serta mempamerkan kesatuan kita.
Perspektif
Apa yang kita perlukan sekarang ialah ruang (nyata dan kiasan) dan kebebasan untuk memikir dan memperkatakannya secara terbuka mengenai kemampuan kita untuk hidup bersama tanpa menyisihkan masalah-masalah kita.
Kita perlu bersuara secara tertib dan sopan mengenai apa yang mengusar dan yang menyakitkan, tanpa perlu berkejaran ke balai polis untuk membuat aduan atau menyaman di mahkamah. Kita perlu mengukir kemahiran untuk melihat masalah-masalah ini dalam perspektif serta mengatasinya secara mesra.
Lebih-lebih lagi, kita perlu mengenal pasti dan menerokai bersama kegembiraan, kejayaan dan kebolehan yang kita telah sama-sama kita semai mengenai kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia perlu menguasai diri supaya berani bersemuka antara satu sama lain, dengan menepikan anggapan bahawa dialog antara agama hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terpelajar dalam bidang agama. Ini benar hanya apabila kita membincangkan perkara-perkara keagamaan yang mendalam di khalayak ramai.
Tetapi jika kita membenarkan rakyat memahami bahawa perkara 'dialog antara agama' adalah sesuatu yang kita lalui setiap hari, walaupun pada peringkat tidak rasmi, maka kita juga membolehkan mereka menyedari mengenai betapa mereka telahpun memilik kebolehan, kewarasan dan pengalaman untuk berhadapan dengan pertembungan antara agama (dan antara kaum).
Kita perlu membina di atas apa yang sudah kita ketahui dan memiliki, daripada menumpukan perhatian khusus pada masalah-masalah, atau menunggu arahan daripada pihak berkuasa. Sebelum itu, kita perlu memperinci apa yang telah kita mencapai dalam kemahiran tersebut dan kebolehan untuk hidup bersama. Kita perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dalam memikir serta mengenal pasti keupayaan ini. Secara bersama.
Artikel ini diterjemah daripada artikel asal dalam Bahasa Inggeris.
Dr PATRICIA MARTINEZ adalah rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Fellow Kanan Penyelidikan di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaysia.