Islam menolak kapitalisme? (Bhg akhir)
Benarkan Islam tidak menolak kapitalisme? Persoalan ini dikatakan bermula daripada abad ke-16, pada zaman kesultanan Islam Uthmaniyah. Contohnya, semasa pemerintahan Khalifah Sulaiman I (Sulaiman the Magnificent), Sheikh-ul-Islam (Ketua Hal Ehwal Agama Islam) pada waktu itu, Ebusuud Effendi, membenarkan yayasan-yayasan amal kebajikan mengutip faedah.
Pada masa kini pula, sesetengah pengkaji seperti Presiden Minaret of Freedom Institute, Dr Imad-ad-Dean Ahmad, cuba memberikan interpretasi baru untuk perkataan riba. Dr Imad-ad-Dean Ahmad berhujah bahawa perkataan riba
bermaksud caj yang terlalu tinggi sehingga menindas pengguna. Caj tinggi tersebut mungkin dikenakan sebagai kadar faedah ataupun sebagai harga jualan sesuatu barangan.
Benarkan Islam tidak menolak kapitalisme? Persoalan ini dikatakan bermula daripada abad ke-16, pada zaman kesultanan Islam Uthmaniyah. Contohnya, semasa pemerintahan Khalifah Sulaiman I (Sulaiman the Magnificent), Sheikh-ul-Islam (Ketua Hal Ehwal Agama Islam) pada waktu itu, Ebusuud Effendi, membenarkan yayasan-yayasan amal kebajikan mengutip faedah.
Pada masa kini pula, sesetengah pengkaji seperti Presiden Minaret of Freedom Institute, Dr Imad-ad-Dean Ahmad, cuba memberikan interpretasi baru untuk perkataan riba. Dr Imad-ad-Dean Ahmad berhujah bahawa perkataan riba
bermaksud caj yang terlalu tinggi sehingga menindas pengguna. Caj tinggi tersebut mungkin dikenakan sebagai kadar faedah ataupun sebagai harga jualan sesuatu barangan.
Jika harga jualan sesuatu barangan terlalu tinggi sehingga ia menindas, maka itulah riba. Sebaliknya, jika kadar faedah yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kadar di pasaran dan tidak menindas, maka faedah itu tidak boleh dikategorikan sebagai riba.
Bagaimanapun, sama ada faedah dibenarkan oleh Islam atau tidak bukanlah persoalan utama. Islam jelas sekali amat menggalakkan perdagangan bebas dan perniagaan. Seperti yang dikatakan oleh Maxime Rodinson, "Tuduhan bahawa
Islam menentang kapitalisme adalah palsu."
Pertembungan fahaman
Jika Islam memang serasi dengan kapitalisme, maka bagaimana pula dengan pandangan Syed Qutb mengenai pertembungan antara Islam dan kapitalisme?
Jika dikaji, isu pertembungan ini bermula daripada dua faktor. Pertama ialah budaya asetik yang menyelinap masuk dalam kehidupan dan pemikiran umat Islam semasa pengaruh tamadun Islam mula menjadi lemah. Pemikiran asetik ini masih lagi amat berpengaruh di kalangan Muslim ultra-konservatif.
Faktor kedua pula ialah kebangkitan fahaman Islam radikal. Fahaman ini mula berputik semasa umat Islam menentang puak kolonialis. Matlamat utama fahaman Islam radikal ialah untuk mencipta satu sistem sosio-politik baru untuk menyaingi Barat. Oleh kerana Barat terbina atas sistem demokrasi dan kapitalisme, maka fahaman Islam radikal menuntut agar pengikutnya menentang kedua-dua sistem tersebut dan mencipta visi sistem politik dan ekonomi yang lain.
Inilah yang menyebabkan tokoh-tokoh awal gerakan Islam radikal seperti Syed Qutb dan Maududi banyak meminjam idea daripada satu lagi fahaman yang digelar oleh Ian Buruma dan Avi Margalit sebagai "Occidentalism".
Fahaman "Occidentalism" ini berpunca daripada kritikan terhadap Barat yang dikemukakan oleh Heidegger. Kritikan ini kemudiannya mempengaruhi puak fasis di Jepun, puak Nazi di Jerman dan Khmer Rouge di Kemboja. Fahaman ini jugalah yang turut mempengaruhi corak pemikiran Al-Qaeda.
Bagaimanapun, majoriti umat Islam tidak dipengaruhi oleh fahaman "Occidentalism". Kebanyakan umat Islam lebih selesa menjadikan Islam sebagai amalan harian diri sendiri dalam usaha mereka mencari keredhaan Allah dan kesenangan di muka bumi. Bagi golongan majoriti ini, demokrasi dan kapitalisme amat sesuai untuk mereka.
Contoh paling jelas yang boleh diberikan ialah apa yang berlaku di Turki sejak dua dekad kebelakangan ini. Turki bukanlah negara umat Islam yang kaya tetapi ia mungkin antara yang paling membangun. Negara Islam yang paling kaya adalah negara-negara Arab yang memiliki sumber minyak.
Bagaimanapun, kekayaan tersebut tidak membawa pembangunan dan negara-negara itu masih banyak ketinggalan dan masih lagi berpuak-puak. Minyak membawa kekayaan tetapi tidak membawa pemodenan. Proses pemodenan hanya lahir daripada pemikiran yang rasional, ketersusunan, pertukaran idea dan keberanian mengambil risiko dalam usaha mencapai matlamat tertentu.
Turgut Ozal, bekas Presiden Turki, pernah menyebut bahawa "Kita amat beruntung kerana kita tidak memiliki minyak dan kita perlu bekerja keras untuk mencari pendapatan." Ozal merupakan seorang ahli politik Muslim yang pro-Barat. Reformasi Reaganesque yang dilancarkan oleh Ozal pada tahun 1980 an berjaya mengubah Turki daripada sebuah negara quasi-sosialis kepada negara kapitalis.
Persekitaran baru tersebut memberikan tapak yang subur kepada golongan Muslim konservatif di Anatolia dalam usaha mereka menerajui pembangunan sosio-ekonomi. Hasil kejayaan mereka dalam dunia perniagaan, golongan
Muslim konservatif ini mendapat gelaran "Harimau Anatolia". Mereka berjaya membentuk satu kelompok baru yang benar-benar mampu menyaingi kuasa kelompok sekular elit yang dikenali sebagai "bourgeois Istanbul".
Sebuah kumpulan pengkaji, European Stability Initiative (ESI), yang berpusat di Berlin menyelidik dengan mendalam mengenai kelompok "Harimau Anatolia" ini. Para pengkaji ESI menjalankan temuramah dengan beberatus-ratus peniaga Muslim konservatitf di bandar Kayseri, Anatolia.
Daripada kajian tersebut mereka mendapati bahawa arus pro-perniagaan dan individualistik berkembang luas di kalangan Muslim di situ. Mereka juga menyatakan bahawa reformasi Islam secara perlahan-lahan sedang berlaku di
kalangan usahawan Muslim. Kajian tersebut diberikan tajuk Islamic Calvinists sesuai dengan tanggapan para pengkaji ESI terhadap golongan kapitalis Muslim di Anatolia yang tetap berpegang dengan ajaran Islam.
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP Party) yang memegang kuasa sekarang boleh dilihat sebagai manifestasi politik fahaman "Islamic Calvinism" yang bertapak di Turki. Kebanyakan ahli AKP mempunyai pengalaman perniagaan.
Parti AKP juga membawa polisi-polisi yang pro-perniagaan sejak hari pertama mereka memerintah lagi. Taib Erdogan, Perdana Menteri Turki, berulang kali menjemput pelaburan asing daripada semua negara, termasuklah daripada
Israel.
Dalam ucapan beliau di sebuah persidangan antarabangsa Islam, Perdana Menteri Taib Erdogan menyeru pemimpin-pemimpin Arab untuk memberikan definisi baru terhadap riba. Beliau memberi amaran bahawa sistem perbankan Islam boleh menjadi perangkap yang menghalang pembangunan dunia Muslim.
Jika lebih ramai pemimpin Muslim, ulama dan intelektual yang bersuara seperti ini, maka pasti sistem pasaran dan pemikiran akan turut menjadi lebih bebas di Timur Tengah.
Kedegilan dan kekeliruan
Masih ada lagi umat Islam di Turki dan di tempat lain yang menolak kapitalisme dan menuduh kapitalisme sebagai satu konsep asing yang merosakkan Islam. Ini sebenarnya merupakan tuduhan yang tersilap.
Jika kita melihat dengan objektif kritikan terhadap kapitalisme yang diutarakan oleh umat Islam, kita akan dapat melihat perkara yang dikritik sebenarnya ialah kebebasan seksual, pelacuran, penagihan dadah, jenayah, atau sifat mementingkan diri yang berlebihan dalam dunia Barat. Semua ini sebenarnya bukan elemen utama dalam kapitalisme.
Nama yang lebih tepat untuk semua perkara yang ditolak ini ialah "materialisme budaya" yang membawa maksud bahawa kebendaan diagungkan hingga melebihi segala-galanya. Umat Islam yang menolak kapitalisme sebenarnya terkeliru
antara kapitalisme dan materialisme budaya.
Umat Islam yang berapi-api menolak kapitalisme pasti akan terperanjat jika menyedari sebahagian daripada pejuang pasaran bebas di Barat juga tegas dalam memperjuangkan ajaran agama dan kepentingan keluarga dan nilai kekeluargaan. Mereka juga memperjuangkan nilai-nilai agama dan kekeluargaan diterapkan dalam sistem pentadbiran.
Malangnya, penyatuan demokrasi dan kapitalisme dengan nilai-nilai Judeo-Kristian yang merupakan fenomena Amerika dan bukan budaya Eropah, kurang disedari oleh umat Islam. Budaya gereja dan budaya melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan yang sebenarnya meluas di Amerika tidak begitu menonjol dalam media antarabangsa. Sebaliknya, imej Amerika yang subur di mata umat Islam ialah imej hedonistik melalui MTV dan Hollywood.
Ringkasnya, kapitalis tidak semuanya jahat. Jika lebih ramai umat Islam menyedari perkara ini, maka lebih ramai juga yang akan lebih berani membuka masyarakat untuk menerima pembangunan dan pemodernan. Dan, lebih ramai lagi yang akan lebih menghayati arahan Al-Quran agar "bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya" (Al-Jumu'ah,
10).
Jika perkara ini berlaku, maka dunia akan menjadi lebih selamat kerana pencarian rezeki yang dipandu oleh kesedaran moral adalah jauh lebih aman daripada usaha "memerangi" pencarian rezeki yang dipandu oleh rasa benci.
Islam menolak kapitalisme? (Bhg 1)
Artikel ini diterbitkan dalam Bahasa Malaysia oleh The Malaysia Thinktank London . Mustafa Akyol ialah seorang penulis dan kolumnis Muslim Turki yang menetap di Istanbul.

