ULASAN | M'sia mesti hentikan rancangan hantar pulang 1,476 pelarian Myanmar
Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) menggesa Malaysia menghentikan penghantaran pulang "pelarian Myanmar" bawah rancangan "penghantaran pulang" yang diumumkan untuk 29 Sept.
Terdapat keperluan mendesak untuk ketelusan dan kejelasan berhubung 1,476 pelarian yang berdepan risiko dihantar pulang secara paksa ke kawasan kekerasan dan bahaya yang mereka melarikan diri daripadanya.
Walaupun bukan negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, Malaysia tetap terikat dengan prinsip undang-undang antarabangsa kebiasaan iaitu non-refoulement: kewajipan untuk tidak menghantar pulang sesiapa sahaja ke negara di mana mereka berdepan penganiayaan.
Pada 5 Ogos, Malaysia menyatakan tidak akan meneruskan penghantaran pulang "sekiranya mereka (pelarian) akan dianiaya atau nyawa mereka terancam."
Pengumuman terbaru oleh kerajaan Malaysia menunjukkan bahawa perkara ini mungkin tidak lagi terpakai, sekali gus menimbulkan kebimbangan hak asasi manusia yang serius.
MSF menggesa Malaysia:
Memastikan tiada pelarian Myanmar dihantar pulang. Orang awam di Myanmar terus berdepan kekerasan melampau, termasuk pengeboman udara tanpa henti, pembunuhan beramai-ramai, pemenjaraan, kerahan tenaga secara paksa, dan kehabisan bekalan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
Mendedahkan kerakyatan, umur, dan risiko perlindungan mereka yang dikenal pasti untuk dihantar pulang. Pelarian dan pencari suaka yang berdepan penganiayaan atau bahaya serius lain tidak boleh dihantar pulang.
Memastikan keperluan perlindungan semua pihak yang tertakluk kepada penghantaran pulang dinilai secara menyeluruh mengikut piawaian antarabangsa.
Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Myanmar menduduki tempat kedua secara global bagi intensiti konflik dan tempat keempat bagi bahaya kepada orang awam pada 2025, dengan lebih separuh daripada populasi terdedah kepada kekerasan.
Negara itu terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk yang didorong oleh konflik bersenjata yang semakin sengit, bencana alam, dan ketidakstabilan ekonomi.
MSF berkhidmat di Myanmar sejak 1992 dan kekal berada di Rakhine, Kachin, utara Shan, dan Yangon, menyediakan perkhidmatan kesihatan serta air, sanitasi, dan kebersihan.
Pasukan kami menyaksikan sendiri bagaimana konflik dan ketidakselamatan terus menjejaskan perkhidmatan kesihatan, bekalan makanan, pendidikan, dan mata pencarian di banyak bahagian di negara itu dengan teruk.
Pelarian tidak sepatutnya dihantar pulang ke tempat yang mereka larikan diri apabila nyawa mereka masih dalam bahaya.
Pelarian Rohingya dan minoriti lain yang dianiaya bertahan - dan terus hidup - berdepan penindasan, kekerasan, keadaan hidup yang terhad, dan ketidakpastian yang berpanjangan selama berdekad-dekad sementara menunggu penempatan semula dari Malaysia, jika berlaku.
Pelarian tidak meninggalkan kediaman mereka atas pilihan sendiri: mereka melarikan diri daripada penganiayaan dan tidak boleh dilayan seperti penjenayah atau sasaran mudah untuk keuntungan politik.
MSF menggesa Malaysia untuk menghentikan semua penghantaran pulang pelarian ke keadaan berbahaya dan ganas yang mereka lari daripadanya, dan memastikan sebarang proses sedemikian dilakukan secara telus sepenuhnya dan mengikut piawaian antarabangsa.
DOKTOR TANPA SEMPADAN ialah organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa yang menyalurkan bantuan kecemasan kepada individu yang terjejas akibat konflik bersenjata, wabak, bencana alam, dan pengasingan daripada perkhidmatan kesihatan.
Tulisan ini diterjemah daripada versi asal dalam bahasa Inggeris tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/image63_221761.jpeg)

/file/attachments/orphans/IEc9g_644200.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/07/defba7b66fb7319c8e3470a51883d48c.jpg)
/file/attachments/orphans/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg)
/file/attachments/orphans/test111_108685.jpg)
/file/attachments/886/image37_376542.jpeg)
Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.